Seni Laut Plankton, Paus Di Gunung Dan 6 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Veil Nebula

Gambar menakjubkan yang ditangkap oleh teleskop Hubble di atas adalah hasil gas yang ditinggalkan oleh letupan bintang pada 5,000 hingga 8,000 tahun yang lalu.

3D Printer Terbesar Di Dunia

3D printer gergasi ini boleh membuat sebuah rumah yang diperbuat dari tanah liat. Satu penyelesaian penempatan sementara kos rendah dan mesra alam untuk mangsa tragedi seperti mangsa banjir dan pelarian. Dinamakan BigDelta, innovasi ini dihasilkan oleh satu kolektif dari Itali bergelar World’s Advanced Saving Project (WASP).

Sepana Bersaiz Nano

Pada hanya panjang 1.7 nanometer, 'sepana' ini boleh mengawal objek bersaiz mikro dan akan membawa kepada pembangunan bahan khusus generasi baru. Ciptaan ini dibangunkan oleh sekumpulan saintis dari University Vermont, Amerika Syarikat.

Gambaran Gelombang Supersonik

Gambar yang ditangkap oleh NASA ini menunjukkan gelombang yang dihasilkan oleh pesawat udara apabila mencapaikan kelajuan supersonik (lebih laju dari kelajuan bunyi). NASA menggunakan matahari sebagai latar belakang untuk menghasilkan gambar ini.

Roller Coaster Realiti Maya

Platform yang disokong oleh enam kabel berketegangan tinggi ini boleh menggerakkan penumpang di dalam plaform ini ke pelbagai sudut dan kelajuan untuk simulasikan pergerakan seperti roller coaster. Dinamakan sebagai CableRobot Simulator, ia dihasiklan oleh sekumpulan penyelidik dari Max Planck Institute for Biological Cybernetics yang diketuai oleh ​Professor Heinrich Bülthoff.

Pencabar Rekod Kelajuan Darat

Kereta yang dinamakan sebagai Bloodhound SSC ini mensasarkan untuk memecahkan rekod kelajuan darat pada kelajuan 1,000 batu sejam pada 15 Oktober 2016. Kereta buatan British ini akan dikuasakan oleh enjin jet dari Rolls Royce.

Paten Menjana Kuasa Dari Bunyi oleh Boeing

Gambar di atas adalah salah satu lakaran dalam dokumen permohonan paten oleh syarikat penerbangan Boeing untuk menjanakan tenaga elektrik dari bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang semasa pendaratan dan perlepasan dari landasan.

Cip Pengesan Ebola

Direka oleh penyelidik dari Universiti California, Santa Cruz di Amerika Syarikat, alat ini boleh mengesan sama ada seseorang itu menghidapi penyakit Ebola atau tidak melalu titisan darahnya. Tetapi kerana baru dalam peringkat awal R&D, darah itu perlu melalui beberapa proses khusus dahulu sebelum digunakan pada alat ini. 

Mikrob Atau Galaksi?

Kajian tentang perubahan mikrob (organisma halus seperti bakteria dan virus) dalam manusia di angkasa lepas adalah sebahagian dari misi Setahun Di Angkasa oleh NASA. Kebetulan pula, mikrob dan galaksi ini mempunyai rupa yang hampir serupa. Bolehkah anda bezakan yang mana mikrob dan yang mana galaksi?

Struktur Untuk Menggalakkan Penumbuhan Saraf

Struktur yang dihasilkan melalui teknik 3D print ini digunakan untuk menggalakkan penumbuhan saraf di dalam badan manusia pada bahagian saraf yang telah rosak. Diperbuat dari silikon dan komposisi biokimia khusus, struktur ini adalah hasil penyelidikan dari sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Micheal McAlpine di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.