Sel Retina Yang Dibesarkan Di Dalam Makmal Baiki Penglihatan Monyet

pemindahan-sel-retina-hiroshi
Penyelidik melakukan pemindahan sel retina ke dalam sel retina monyet. Kredit Hiroshi Shirai et al.

Retinitis pigmentosa (RP) adalah masalah genetik mata yang merosakkan retina (selaput yg di sebelah belakang biji mata yang peka terhadap cahaya) mata. Permasalahan yang tidak ada penawar ini boleh menghilangkan sepenuhnya penglihatan orang yang menghidapnya. Penyelidik dari Institut RIKEN di Jepun kini telah berjaya membesarkan tisu retina di dalam makmal dan melakukan pemindahan tisu itu ke dalam retina monyet resus yang menghidapi RP. Penglihatan monyet resus itu didapati menjadi semakin baik dua minggu selepas pemindahan tisu itu dijalankan.

Tisu retina itu dibesarkan dari sel dasar (stem cell) sebelum dipindahkan kepada retina monyet itu. Setelah pemindahan dilakukan ke atas monyet itu, sel retina itu akan berkembang dan membentuk sambungan dan synapse (persimpangan di antara dua sel saraf), membenarkan tisu retina yang baru itu untuk berhubung dengan sel retina yang asal di situ. Sel retina makmal itu perlu berhubung dengan sel retina asal dan bertindak sebagai satu unit untuk fungsi penglihatan kembali pulih.

Kajian yang telah dijalankan dan kajian seterusnya akan membantu saintis-saintis ini memahami dengan lebih lanjut tentang kekerapan tisu retina yang dipindahkan menghasilkan sambungan dengan sel retina asal. Ini juga akan membantu mereka dalam mengoptimumkan keadaan yang mereka harap dapat dilihat dalam manusia pada masa hadapan.

Sumber : PopSci, PNAS