Logam Lutsinar Ini Boleh Digunakan Sebagai Skrin Paparan TV Dan Telefon

picjumbo.com_HNCK7449

Penyelidik dari Pennsylvania State Universiti di Amerika Syarikat telah berjaya menghasilkan sejenis logam lutsinar yang boleh digunakan untuk membuat televisyen, skrin paparan telefon pintar, cermin tingkap pintar dan sel solar dengan murah dan efisen. Lebih dari 90 peratus skrin paparan sekarang dihasilkan berasaskan indium tin oksida (ITO) — sejenis bahan yang mahal dan boleh menyumbang sehingga¬†sekitar 40 peratus daripada kos keseluruhan sebuah telefon pintar ataupun tablet. Logam lutsinar ini mempunyai ketelusan optik, konduktiviti elektrik dan kecekapan proses pembuatan (manufacturing) yang sepadan dengan ITO, menurut penyelidik dari universiti itu.

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Roman Engel-Herbert itu telah berjaya membangunkan filem logam setebal 10 nanometer yang menjadi semakin lutsinar apabila dipancarkan cahaya ke atasnya. Menurut penyelidik itu, logam korelasi (jenis logam yang lutsinar itu) seperti strontium vanadate dan kalsium vanadate boleh dihasilkan dengan lebih murah berbanding dengan ITO yang harganya boleh mencapai sehingga US$750 per kilogram. Ini adalah kerana bahan asas logam itu adalah lebih banyak tersebar di kerak bumi.

logam-lutsinar-pennstate

“Logam korelasi kami berkesan dengan sangat baik berbanding dengan ITO. Sekarang, persoalannya adalah bagaimana untuk menerapkan bahan-bahan baru ini ke dalam proses pembuatan berskala besar. Dari apa yang kami faham sekarang, tidak ada sebab bahawa stronium vanadate tidak boleh menggantikan ITO di dalam alat yang sama digunakan di dalam industri,” kata Engel-Herbert.

Sumber : Science Alert, PennState