Akhirnya, Plastik Pertama Yang 100% Boleh Dikitar Semula

plastik-kitar-semula

Tahukah anda bahawa lebih dari 270 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan 18 juta tan daripadanya berakhir di dalam laut setiap tahun? Tambahan pula, kebanyakan dari plastik yang dihasilkan ini tidak boleh dikitar semula. Plastik yang boleh dikitar semula pula mempunyai had berapa kali ia boleh dikitarkan semula dan plastik itu tidak boleh ditukarkan kembali kepada keadaan molekulnya semula untuk menghasilkan plastik yang baru. Saintis dari Universiti Colorado State di Amerika Syarikat baru-baru ini berjaya menghasilkan sejenis plastik yang 100% boleh dikitar semula tanpa had dan tidak memerlukan apa-apa bahan berasaskan petroleum untuk menghasilkannya.

Apa maksudnya 100% boleh dikitar semula? Ia bermakna plastik ini boleh ditukarkan semula kepada keadaan molekulnya semula untuk menghasilkan plastik yang baru tanpa had berapa kali proses ini boleh dilakukan. Bukan sahaja itu, proses penukaran plastik itu kepada keadaan molekulnya boleh dilakukan menggunakan organisma hidup. Plastik atau polimer itu dibangunkan menggunakan sejenis monomer yang dipanggil Gamma-butyrolactone (GBL), yang digunakan di dalam penanggal superglue dan juga telah dianggap mustahil oleh saintis untuk digunakan menjadi plastik selama ini.

Hasil kajian ini telah diterbitkan di Nature Chemistry dan Eugene Chen, salah satu dari saintis kajian ini telah memfailkan ciptaan ini untuk dipatenkan.

Sumber : Science AlertNature Chemistry