‘Lori Sampah’ Angkasa Yang Menggunakan Sampah Yang Dikutip Di Angkasa Sebagai Bahan Api

4-8-nrc-evaluates-nasas-orbital-debris-programs
Lakaran artis sampah-sampah angkasa (jumlahnya ditokok tambah) yang mengorbit bumi. Kredit ESA.

Tahukah anda terdapat lebih dari 500,000 ‘sampah angkasa’ yang mengorbit bumi kita ini? Sampah-sampah angkasa yang terdiri daripada semula jadi (meteorid) dan buatan manusia (seperti satelit yang telah rosak) itu bergerak pada kelajuan sehingga 28,200 km/j — cukup laju untuk merosak atau memusnahkan satelit ataupun pesawat yang mengorbit bumi. Banyak saintis dan jurutera sedang berusaha untuk ‘membersihkan’ sampah-sampah angkasa itu. Jurutera dari Universiti Tsinghua di Beijing baru-baru ini pula mencadangkan satu konsep rekaan enjin pesawat angkasa yang boleh ‘memakan’ sampah angkasa dalam laluannya dan menukarkannya menjadi¬†bahan api plasma untuk mengkuasakan misi pembersihan sampah angkasa oleh pesawat itu.

Menurut konsep yang diterbitkan dalam bentuk kertas kajian di arXiv, sampah yang masuk ke dalam ruang enjin itu akan dikisar atau dihancurkan menggunakan laser sehingga menjadi serbuk. Serbuk itu kemudiannya akan dipanaskan sehingga menjadi plasma, yang boleh dijadikan sebagai bahan api. Selagi ada sampah di laluannya, selagi itu pesawat itu boleh bergerak.

Junk engine
Gambar rajah konsep enjin yang boleh menukarkan sampah angakasa menjadi bahan api.

Jurutera-jurutera itu juga percaya selain dari misi membersihkan sampah yang mengorbit bumi, teknologi ini boleh juga digunakan untuk misi yang lain seperti eksplorasi asteroid dan penerbangan antara planet dimana objek angkasa di laluannya boleh dijadikan sebagai bahan api untuk pesawat itu terbang lebih jauh.

Sumber : PopSci, MIT Technology Review, arXiv