MRI Ibu Dan Anak, Drone Dua Alam Dan 6 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Asap Di Ruang Udara Indonesia

Gambar yang ditangkap oleh MODIS di satelit Terra milik NASA pada 24 September lalu menunjukkan pandangan asap di ruang udara Indonesia akibat hutan yang terbakar di sana. Kebakaran di sana dikatakan sangat sukar untuk dipadam kerana adanya campuran tanah dan tumbuhan yang telah rapuh  di dalam tanah yang bertindak seperti bahan api.

Sarung Tangan Pintar Untuk Bahasa Isyarat

Sarung tangan yang dicipta oleh Hadeeb Ayoub, jurureka dan artis media dari Arab Saudi ini boleh menukarkan bahasa isyarat si pemakai kepada tulisan  yang boleh dibaca. Terdapat juga suara kepada setiap perkataan yang diisyaratkan pada prototaip terbaru sarung tangan ini.

Pluto dan bulannya bernama Charon

Gambar bulan Charon telah dikompositkan bersama gambar Pluto untuk menunjukkan perbanding saiz kedua-dua objek angkasa ini. Saiz Charon adalah lebih kurang setengah dari saiz Pluto, menjadikannya bulan yang terbesar berbanding dengan planet yang diorbitnya.

Penyu yang bercahaya dalam gelap

Penyu ini adalah haiwan reptilia bercahaya yang pertama dijumpai. Ia ditemui oleh David Gruber dan penyelidikan sedang dijalankan untuk ketahui sebab penyu ini bercahaya. Kredit David Gruber dan National Geographic

Aisberg Gergasi

Gambar yang ditangkap pada 21 April 2010 ini menunjukkan aisberg gergasi berdekatan dengan Stesen Palmer di Antartika. Stesen yang dioperasikan oleh Program Antartik Amerika Syarikat milik National Science Foundation ini mempunyai ramai saintis yang mengkaji pelbagai bidang sains termasuk biologi marin, glasiologi, geofizik dan astrofizik

Perlumbaan Kereta Solar Di Australia

50 pasukan dari seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam pertanding perlumbaan kereta solar pada 13 hingga 25 Oktober tahun 2015. Perlumbaan sepanjang 1,900 batu itu hanya membenarkan setiap kereta mengumpul sebanyak tenaga 5 kilowatt sejam pada setiap masa.

Komponen ini menukarkan cahaya kepada arus elektrik

Komponen yang separuh antena dan separuh diod penerus (rectifier) ini menggunakan fungsi kedua-duanya tadi untuk menukarkan cahaya kepada arus elektrik terus. Saintis telah mencuba lebih dari 40 tahun untuk melakukan sebegini dan teknologi ini mungkin boleh menghasilkan tenaga solar yang lebih efisen.

Bukit Pasir Bintang di Algeria

Bukit pasir di Algeria ini terbentuk di kawasan yang mempunyai corak tiupan angin yang kompleks dimana angin bertiup dari pelbagai arah selama beberapa tahun. Gambar ini ditangkap oleh satelit Terra milik NASA pada 27 Oktober 2012.

Ujian pembakaran enjin milik Blue Origin

Blue Origin mengumumkan bahawa enjin BE-4 rekaan mereka telah melengkapkan lebih 100 ujian pembakaran berperingkat (staged-combustion). Siri ujian ini adalah pencapaian penting dalam proses pembangunan enjin mereka. Blue Origin adalah syarikat aeroangkasa milik Jeff Bezos, pengasas Amazon.com. 

Peta berwarna planet kerdil Ceres

Ceres adalah planet kerdil yang terletak di kawasan yang dipenuhi dengan asteroid di antara planet Marikh dan Jupiter. Peta berwarna permukaan Ceres di atas adalah hasil campuran penapis inframerah dan cahaya yang boleh dilihat di pesawat Dawn milik NASA. Pesawat Dawn adalah pesawat yang sedang mengorbit Ceres untuk tujuan kajian tentang planet itu.