Air Gula Sama Atau Lebih Baik Dari Minuman Tenaga

Minuman tenaga — sejenis minuman yang diiklankan sebagai pemberi tenaga terutamanya semasa anda aktif bersukan. Selalunya dijual pada harga yang agak mahal. Tetapi, berdasarkan satu kajian di United Kingdom, air biasa yang ditambah gula boleh memberi tenaga yang sama atau lebih dari apa yang minuman tenaga boleh beri. Kesimpulan ini dicapai melalui ujian yang dijalankan ke atas penunggang basikal jarak jauh dengan melihat kesan pengambilan air berasaskan sukrosa dan air yang berasaskan glukosa. Sukrosa terdapat di dalam gula yang selalu kita guna untuk campur dalam minuman kita.

Mereka mendapati bahawa air penunggang basikal merasakan senaman itu lebih selesa dengan minuman berasaskan sukrosa berbanding dengan glukosa. Minuman tenaga berasaskan glukosa sahaja pula didapati boleh menyebabkan sakit perut bila diambil semasa bersenam. Berapa banyak gula yang perlu tambah dalam air? Menurut hasil kajian itu, untuk prestasi optimum di dalam sukan seperti berbasikal jarak jauh, di mana senaman tersebut boleh mengambil masa sehingga lebih 2.5 jam, jumlah yang disyorkan adalah 90 gram gula sejam yang diambil melalui 8 gram gula yang dilarut pada setiap 100 ml air.

air-kosong
Minum air kosong tambah gula pun cukup.

Tak perlulah menghabiskan banyak sangat duit untuk tenaga semasa bersenam lagi. Air ditambah dengan gula pun sudah cukup.

Sumber : Science Alert, APS Journals