Lampu Dikuasakan Oleh Nutrien Tanah Untuk Perkampungan Terpencil Di Peru

lampu-tumbuhan

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh penyelidik untuk memberi kemudahan kuasa elektrik bagi penduduk di perkampungan yang terpencil di seluruh dunia. Usaha yang terbaru dari penyelidik dari Universiti Teknologi dan Kejuruteraan (UTEC) di Peru ini adalah sesuatu yang sangat menarik. Mereka berjaya menghasilkan lampu LED yang dikuasakan oleh nutrien dari tumbuhan dan tanahnya untuk penduduk kampung Nuevo Saposoa di kawasan perdalam hutan di Peru. Dinamakan¬†Plantal√°mpara — bahasa Sepanyol untuk lampu tumbuhan, lampu LED yang terang ini boleh hidup selama 2 jam sehari.

“Kami meletakkan tumbuhan dan tanah ke dalam bekas tumbuhan (diperbuat daripada) kayu bersama dengan sistem perairan terlindung yang dibina sebelum ini. Kemudian, di dalam bekas tumbuhan itu kami letakkan sistem penjana tenaga yang kami ciptakan yang menyimpan tanah dan elektrod yang mampu menukarkan nutrien tumbuhan kepada tenaga elektrik,” kata Elmer Ramirez, seorang jurutera dari UTEC. Sebanyak 10 buah lampu tumbuhan telah dihasilkan dan didermakan kepada penduduk kampung Nuevo Saposoa itu. Kini, malam mereka dapat diterangi tanpa bau lampu minyak tanah yang tidak sihat.

Sumber : Science Alert, UTEC