Marikh Mungkin Akan Ada Gelang Seperti Zuhal Akibat Bulannya Yang Akan Musnah

mars-ring_1024
Lakaran gelang di sekeliling Marikh. Kredit Celestia Development Team.

Pada dua minggu yang lepas, pihak NASA ada mengumumkan bahawa kajian mereka menunjukkan bulan Phobos — bulan terbesar yang mengorbit Marikh — sedang berada dalam proses untuk hancur berkecai disebabkan oleh kesan sampingan daya graviti yang dikenakan oleh planet Marikh ke atasnya. Tambahan lagi kerana kedudukannya yang terlalu dekat dengan Marikh — 6,000 km dari Marikh (bulan kita pula pada sekitar 385,000 km dari bumi). Kajian terbaru pula mengatakan serpihan bulan Phobos yang hancur itu nanti akan membentuk satu gelang di sekeliling Marikh, lebih kurang sama seperti gelang yang ada sekarang di sekeliling Zuhal.

phobosincolor_pia10369
Gambar bulan Phobos dengan kesan rekahan di permukaannya yang terbentuk akibat kesan tarikan graviti Marikh. Kredit NASA.

“Kami mencadangkan bahawa — dengan pergerakan ke dalam (arah Marikh) bulan itu secara berterusan — bahan yang paling lemah akan terpisah secara berkala dalam 20 hingga 40 juta tahun untuk membentuk gelang Marikh,” menurut penyelidik dari Universiti California, Berkeley di dalam kertas kajian mereka di Nature Geoscience. Penyelidik itu juga menulis di dalam kertas kajian mereka bahawa beberapa serpihan dari Phobos yang tidak membentuk gelang Marikh itu akan terhempas ke permukaan Marikh dengan kelajuan yang rendah.

Kajian ini mungkin boleh memberi jawapan bagaimana gelang mengelilingi Zuhal terbentuk. Neptun juga dikatakan mempunyai bulan yang mempunyai corak rekahan yang hampir sama seperti bulan Phobos di permukaannya dan dipercayai sedang bergerak semakin dekat dengan planet yang pusatnya — juga sama dengan bulan Phobos. Jadi, mungkin juga Neptun bakal akan mempunyai gelang di sekelilingnya.

Sumber : Science Alert, Nature Geoscience