Saintis Berjaya Mencipta Litar Elektronik Di Dalam Bunga Ros

bunga-ros

Cyborg —¬†hidupan (selalunya manusia) yang mempunyai alat elektronik di dalam badannya, bukanlah sesuatu yang baru dalam bidang sains. Saintis dari Sweden baru-baru ini telah berjaya menghasilkan satu cyborg yang lagi hebat daripada yang pernah ada sebelum ini. Bunga ros dengan litar elektronik yang ‘tumbuh’ sendiri di dalamnya.

Kumpulan saintis tersebut telah mencipta sejenis polimer — diberi nama PEDOT-S, yang boleh diserap oleh bunga ros itu sendiri, seperti ia menyerap air dan nutrien dari tanah. Polimer yang telah diserap itu kemudiannya akan membentuk ‘wayar’ di dalam ‘urat’ tumbuhan itu, membolehkan arus elektronik mengalir melaluinya, tetapi dalam masa yang sama tidak menghalang tumbuhan itu mendapatkan air dan nutrien yang diperlukannya. Menggunakan polimer yang serupa, saintis tersebut juga dapat menghasilkan sejenis paparan berwarna di atas daun bunga ros itu. Warna polimer di atas daun itu kemudiannya boleh dikawal untuk ditukar ke warna-warna yang berlainan.

Kumpulan saintis itu juga sedang cuba untuk menghasilkan elektrod di dalam bunga itu untuk menukarkan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan itu kepada tenaga. Memang betul-betul teknologi hijau jika mereka berjaya dalam usaha ini.

Sumber : PopSci, Engadget, Science Advances