Kesan Kanser Dengan Setitik Darah

setitik-darah

Mengesan kanser pada peringkat awal adalah penting jika hendak dapat merawatnya dengan berkesan. Cara yang digunakan untuk mengesan kanser sekarang melibatkan pelbagai jenis imbasan dan kaedah invasif. Penyelidik dari Universiti Umeå di Sweden telah membangunkan satu cara baru yang hanya memerlukan setitik darah untuk menguji kehadiran kanser dengan 96 peratus ketepatan. Ujian darah yang melibatkan analisis dan perbandingan profil RNA di dalam sampel darah itu boleh mengesan, mengelaskan dan menentukan lokasi kanser di dalam badan. 

Di dalam 39 pesakit dimana kanser telah dikesan pada peringkat awal, mereka dapat mengenal pasti dan mengelaskan kanser dengan 100 peratus ketepatan. Menurut penyelidik kajian itu, mereka tidaklah menjangkakan bahawa kaedah mengesan kanser yang ada sekarang akan digantikan dengan teknik ujian darah mereka sepenuhnya, tetapi ianya berpotensi besar untuk membantu memudahkan ahli-ahli perubatan dan pesakit dalam mengesan kanser pada peringkat awal.

“Dalam kajian itu, hampir semua jenis kanser telah dikenal pasti, dimana membuktikan bahawa biopsi berasaskan darah mempunyai potensi besar untuk meningkatkan pengesanan kanser di peringkat awal,” kata Jonas Nilsson, penyelidik kanser di Universiti Umeå.

Sumber : Science Alert, EurekAlert