Planet Paling Menyerupai Bumi Tak Mesra Hidupan Kerana Radiasi

exo_kepler_438b
Kredit Mark A Garlick/University of Warwick.

Pada Januari awal tahun ini, ahli astronomi telah mengumumkan penemuan dua buah planet yang hampir serupa bumi — bersaiz hampir sama dengan bumi dan berada pada jarak dari mataharinya yang secara teorinya boleh wujud air di permukaannya. Salah satu dari planet itu adalah Kepler-438b, planet dengan diameter 12 peratus lagi besar dari bumi dan berada pada jarak sekitar 470 tahun cahaya di dalam buruj Lyra. Berdasarkan kajian terbaru, bintang kerdil merah di pusat sistem solar planet Kepler-438b didapati menghasilkan super-suar sekuat 100 billion megatan TNT — satu fenomena yang boleh menjadikan planet itu penuh dengan radiasi dan tidak sesuai untuk apa jenis hidupan.

“Tidak seperti matahari bumi yang agak senyap, Kepler-438 (bintang di pusat sistem solar planet Kepler-438b) memancarkan suar yang kuat setiap beberapa ratus hari, setiap satunya lebih kuat dari suar yang paling kuat pernah direkodkan dari matahari,” kata David Armstrong, ketua penyelidik kertas kajian itu. Apabila super-suar dari bintang merah kerdil itu disertai juga dengan satu fenomena yang dipanggil perlepasan jisim korona (coronal mass ejection), dimana sejumlah besar plasma terpancar keluar dari bintang itu, kesemua atmosfera planet itu boleh ditarik keluar. “Jika (planet itu) mempunyai medan magnet seperti bumi, ia mungkin dilindungi dari sebahagian dari kesannya. Tetapi, jika ia tidak (mempunyai medan magnet), ataupun suar (dari bintang) itu cukup kuat, ia mungkin hilang atmosferanya, diradiasi oleh radiasi yang sangat bahaya dan menjadi tempat yang lebih sukar untuk hidupan wujud,” kata Armstrong.

Ini adalah berita yang agak sedih, lebih-lebih lagi kerana planet Kepler-438b ini adalah planet yang mempunyai Indeks Persamaan Bumi yang tertinggi pernah direkodkan oleh ahli astronomi. Masih ada lagi planet Kepler-452b yang juga hampir menyerupai bumi (pada saiz dan jarak dari bintang pusat sistem solarnya) untuk diharapkan mempunyai hidupan.

Sumber : Science Alert, Universiti Warwick