Implan LED Untuk Legakan Kesakitan

implan-fleksibel-tikus
Tikus yang telah ditanam implan LED. Kredit GEREAU LAB/Washington University in St.Louis.

Pada masa depan, doktor mungkin boleh melegakan kesakitan anda menggunakan implan LED. Saintis dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah berjaya mengawal deria sakit di dalam tikus menggunakan implan elektronik yang fleksibel dan sekecil hujung jari anda. Pada berat hanya 16 miligram, implan itu terdiri daripada satu mikroLED untuk memancarkan isyarat cahaya dan satu antenna frekuensi radio untuk kuasakan alat itu tanpa wayar. Implan itu juga cukup selamat untuk dibiarkan di dalam badan bagi jangka masa panjang tanpa merosakkan tisu badan. Pembuktian konsep ke atas tikus itu boleh memberi kelegaan kepada orang yang hidup dengan kesakitan kronik pada masa depan tanpa hanya bergantung kepada ubat yang boleh memberi kesan sampingan yang lain.

Optogenetics
Implan LED yang digunakan untuk mengawal deria kesakitan. Kredit GEREAU LAB/Washington University in St.Louis.

Tikus itu walau bagaimanapun telah diubah suai secara genetik untuk dapat mengawal deria kesakitannya. Jadi, kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan lagi untuk dapat menggunakan teknik ini tanpa mengubah genetik dan selamat untuk digunakan oleh manusia. “Matlamat kami akhirnya adalah untuk menggunakan teknologi ini untuk merawat kesakitan (manusia) di lokasi yang sangat khusus dengan menyediakan sejenis ‘suis’ untuk mematikan isyarat kesakitan itu sebelelum ianya (isyarat kesakitan) sampai ke otak,” kata Robert W. Gereau, seorang professor dari Universiti Washington di St. Louis, Amerika Syarikat di dalam satu kenyataan akhbar.

Sumber : IEEE, MIT Technology Review, Endgadget, Nature Biotechnology