Teknologi ‘Stealth’ China Boleh Sembunyikan Pesawat Dengan Lebih Baik

F-22-raptor

Pesawat jet pejuang stealth (bermaksud secara senyap-senyap menurut kamus dewan DBP) seperti F-22 Raptor (gambar di atas) milik tentera Amerika Syarikat dan Sukhoi PAK FA milik tentera Rusia mempunyai kebolehan untuk sembunyi dari dikesan oleh radar. Teknologi stealth pesawat militer mengelak dari dikesan radar sama ada dengan memantulkan isyarat jauh dari penerima radar melalui geometri unik badan pesawat atau menyerap terus gelombang radar melalui sejenis bahan khas. Walau bagaimanapun, ia tetap boleh dikesan jika radar frekuensi-ultra-tinggi (UHF) digunakan. Saintis dari China telah berjaya mengatasi kelemahan itu dengan ‘kulit’ stealth yang dibangunkan mereka.

Pada ketebalan hanya 7.8 milimeter, kulit yang menggunakan bahan khas itu boleh ‘ditala’ untuk menyerap gelombang radar dari pelbagai rangkaian frekuensi termasuk UHF. Kulit itu boleh menyembunyikan apa sahaja jenis pesawat yang diselaputinya dari radar. Kesemua informasi tentang teknologi ini telah diterbitkan dalam kertas kajian di Journal of Applied Physics untuk rujukan umum.

chengdu_j_20_by_iskaryot-d3gsyjw
Chengdu J-20 adalah salah satu jet pejuang stealth yang sedang dibangunkan oleh China. Kredit iskaryot melalui Deviantart.

Kenapa China terbitkan teknologi militer ini kepada umum? Seperti dalam penulisan oleh PopSci, kelemahan tentang teknologi ini lebih senang untuk ditemui jika terdapat banyak ‘mata’ yang mencari kesalahannya. China pula boleh mempelajari dari kelemahan-kelemahan yang ditemui itu dan memperbaikinya dalam penggunaan teknologi ini untuk pesawat militer mereka sendiri.

Sumber : PopSci, arstechnicaJournal of Applied Physics