Pandangan Kereta Autonomi, Awan UFO Dan 8 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Kasut 3D Print oleh Adidas

Futurecraft 3D ini adalah konsep prototaip Adidas untuk kasut yang boleh dihasilkan melalui 3D print mengikut saiz kaki anda. "Bayangkan berjalan ke dalam kedai Adidas, berlari sebentar di atas treadmill dan serta-merta dapat kasut larian 3D print," kata Adidas.

Koleksi Gambar Lebah Di Flickr

United States Geological Survey (USGS) baru sahaja menyiarkan lebih dua ribu gambar pelbagai spesies lebah di laman Flickr rasminya. Gambar di atas adalah dari spesies Angle Bee. Lebah ini akan menceroboh sarang lebah yang lain, bertelur di situ dan tinggalkan sarang tersebut. Bayi lebah dari telur itu tadi kemudiannya akan membunuh bayi lebah yang lain dan makan semua makanan di dalam sarang itu. (Kredit USGS)

Kereta Konsep Hidrogen Terbaru Toyota

Kereta konsep terbaru oleh Toyota yang dinamakan FCV Plus ini dikuasakan oleh hidrogen. Bukan saja itu, ia juga boleh bertindak sebagai sumber kuasa elektrik untuk mencaj bateri dan apa-apa alat elektrik yang lain.

Haiwan Spesies Baru Dari Indonesia Dikenali

Gambar haiwan  yang berhidung seperti khinzir, telinga besar dan gigi taring seperti Dracula ini diambil pada tahun 2013 di Pulau Sulawesi, Indonesia. Hanya baru-baru ini penyelidik menyedari yang haiwan ini adalah spesies baru yang belum dikenali lagi. (Kredit Kevin C. Rowe, Senior Curator of Mammals, Museum Victoria)


Bukit Pasir di Marikh

Bukit pasir di Marikh ini boleh mengajar penyelidik tentang corak angin cuaca di Marikh. (Kredit NASA)

Cecair di Kaki Semut

Gambar mikroskop ini menunjukkan kehadiran cecair di kaki semut. Saintis selama ini menganggap cecair itu yang membantu semut melekat di dinding. Tetapi berdasarkan hasil penyelidikan terbaru, saintis mendapati bahawa cecair itu sebenarnya membantu semut menanggalkan kakinya dari melekat di permukaan yang ia lekat itu. (Kredit Walter Federle)

 

Fosil Gajah Dinosaur Dijumpai Di Ladang Gandum

Seorang petani dari Michigan di Amerika Syarikat terkejut apabila menemui fosil gajah dinosaur (mammoth) di dalam tanah di ladang gandumnya. Pasukan ahli paleontologi dari Universiti Michigan menemui sebanyak 20% dari tulang dinosaur itu. (Kredit Daryl Marshke dari Michigan Photography)

 

Eksperimen Tambah Pewarna Pada Bebola Air Di Angkasa

Minggu ini NASA menyiarkan video Youtube yang menunjukan angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menambahkan pewarna makanan pada bebola air yang terapung tanpa graviti di dalam ISS. (Kredit NASA)

 

Smartfon Yang Juga Robot

Sharp minggu ini melancarkan Robohon di pameran CEATEC 2015. Robohon adalah telefon pintar dalam bentuk robot yang boleh bercakap dengan suara yang comel, mempunyai projektor, kamera dan fungsi-fungsi telefon pintar yang lain. Saksikan video Youtube tentang Robohon ini.

Lexus IS Sedan Yang Diperbuat Dari Kadbod

Syarikat pengeluar kereta mewah Lexus menghasilkan sebuah kereta yang diperbuat dari kadbod untuk dipamerkan di Grand Design Live di UK. Lexus turut melengkapkan kereta origami ini dengan enjin dan lampu yang berfungsi.