Lensa Night Vision Ultra-Nipis Untuk Semua

night-vision-military

Gogal Night Vision atau penglihatan malam — alat yang dipopularkan oleh filem bersiri Predator untuk melihat musuhnya di dalam kegelapan malam. Alat yang dalam realitinya telahpun digunakan oleh tentera, polis dan yang lain adalah besar, berat dan di luar kemampuan orang ramai untuk memilikinya. Tetapi, dengan menggunakan sejenis bahan bernama grafen (graphene), penyelidik dari MIT dapat menghasilkan alat penglihatan malam yang kecil seperti cermin mata biasa dan pada harga yang mampu dimiliki orang ramai.

Alat penglihatan malam yang ada sekarang terdiri daripada beberapa jenis sensor untuk melihat kesemua spektrum infra-merah dan juga sistem penyejukan kryogenik untuk mengelakkan gangguan isyarat pada imej yang dihasilkan. Kedua-dua faktor itu menyebabkan saiznya yang besar sekarang.

Penyelidik MIT mengintegrasikan selapis grafen (pada hanya ketebalan satu atom) dengan sistem silikon mikroelektromekanikal (MEMS) untuk menghasilkan satu lensa yang boleh melihat pada kesemua spektrum infra-merah dan tidak memerlukan sistem penyejukan kryogenik. Disebabkan kenipisan bahan grafen yang digunakan, lensa penglihatan malam ini adalah lutsinar dan fleksibel.¬†Tambahan pula, penyelidik percaya bahawa proses pembuatan lensa ini dapat dipermudahkan — membawa kepada kos pembuatan yang rendah.

grafen-night-vision

Seperti laporan oleh Science Alert, selain daripada penggunaan ketenteraan dan keselamatan, teknologi penglihatan malam ini boleh juga digunakan untuk pembangunan teknologi kereta autonomi (tanpa pemandu), untuk membolehkan kereta itu ‘melihat’ di dalam gelap.

Sumber : Science Alert, Gizmodo, ACS