Siput Paling Kecil, Keunggulan Matahari Dan 6 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Mata Lebah

Gambar mata lebah yang dipenuhi dengan debunga ini ditangkap oleh Ralph Grimm dari Australia menggunakan mikroskop. Gambar ini telah memenangi tempat pertama bagi Pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2015.

Lubang di Matahari

Gambar ini ditangkap oleh pesawat Pemerhati Dinamik Solar milik NASA pada 10 Oktober yang lepas. Warna hitam di matahari dalam gambar ini adalah jurang di antara lapisan luar matahari dan medan magnetnya yang sebesar 50 bumi. Kredit NASA.

Logam Paling Ringan Di Dunia

Jenis logam terbaru yang dibangunkan untuk Boeing ini adalah 100 kali lebih ringan dari polisterina tetapi sekuat logam biasa yang lain. Ciptaan jenis logam ini diinspirasikan oleh tulang manusia -- keras di luar tetapi berongga di dalam. Kredit Dan Little/HRL Laboratories.

Otak Tikus Dalam Bentuk Digital

Saintis telah membina semula otak tikus dalam bentuk digital menggunakan 31,000 sel otak tikus dengan 37 juta sambungan antara satu sama lain. Otak simulasi komputer ini adalah sebahagian dari usaha Blue Brain Project yang mahu membina otak tikus dan seterusnya otak manusia di dalam komputer. Kredit Blue Brain Project, EPFL.

Kutub Utara Bulan Planet Zuhal

Gambar kutub utara bulan berais bagi planet Zuhal yang bernama Encaladus ini diambil pada 14 Oktober 2015 dan ditangkap oleh pesawat Cassini yang mengorbit planet Zuhal. Kredit NASA

Gurun Sahara Dari Angkasa

Angkasawan Scott Kelly dari NASA menyambut kejayaannya sebagai angkasawan Amerika Syarikat yang paling lama berada di angkasa dengan memuat naik beberapa gambar pemandangan gurun sahara dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui akaun Twitternya. Kredit NASA.

Arca Mekanikal Burung Kelicap

Arca mekanikal ini dibina oleh artis arca Derek Hugger menggunakan kayu dan terdiri dari beberapa gear dan beberapa komponen mekanikal yang lain. Lihat video Youtube ini untuk melihat burung kelicap mekanikal ini bergerak.

Galaksi Lingkaran

Galaksi yang dikenali sebagai NGC 4639 ini berada pada jarak 70 juta tahun cahaya dari bumi di kawasan buruj bintang Virgo. Gambar ini ditangkap oleh teleskop angkasa Hubble. Kredit NASA/ESA.

Simulasi Digital Ketumbuhan

Bola berwarna-warni di atas adalah model komputer bagi ketumbuhan berkanser. Setiap titik kecil mewakili satu sel dan warnanya berdasarkan mutasi genetik masing-masing. Ini adalah antara simulasi pembesaran ketumbuhan yang paling lengkap pernah dibuat.

Ikan Paus Makan Sardin

Gambar yang menunjukkan ikan paus Byrde yang telah menelan sekawan ikan sardin dalam satu suapan ini telah memenangi pertandingan Wildflife Photographer of The Year 2015 kategori bawah laut yang dianjurkan oleh Natural History Museum London di UK.