Volvo Uji Teknologi Mengelak Kangaroo Di Australia

volvo

Teknologi brek secara automatik yang ada pada beberapa model kereta sekarang selalunya berfungsi untuk pemanduan dalam bandar — membantu pemandu brek dari melanggar kereta, basikal atau pejalan kaki jika pemandu tidak sempat brek sendiri. Tapi bagaimana jika ada binatang yang tiba-tiba melintas jalan di hadapan anda? Kumpulan pakar keselamatan Volvo pergi ke Australia untuk ‘mengajar’ teknologi mereka mengelak dari melanggar Kangaroo — haiwan yang sukar diramal pergerakannya dan susah untuk dielak.

Menurut Persatuan Jalan dan Pemandu Negara (NMRA) Australia, sebanyak 20,000 ekor kangaroo dilanggar di jalan raya Australia setiap tahun dan menyebabkan kos tuntutan insurans sebanyak AU$ 75 juta setahun. “Di Sweden kami telah melakukan penyelidikan melibatkan haiwan yang perlahan dan lebih besar seperti moose, rusa dan lembu yang merupakan ancaman serius di atas jalan raya kami. Kangaroo adalah lebih kecil dari haiwan-haiwan ini dan perlakuannya adalah lebih tidak menentu. Inilah sebab ianya penting untuk kami uji dan mengubah suai teknologi kami untuk kangaroo yang sebenar di dalam persekitaran semula jadinya, ” kata Martin Magnusson, seorang Jurutera Keselamatan di Volvo Cars.

volvo-kangaroo-anime

Teknologi brek automatik volvo yang ada sekarang mengambil masa hanya 0.05 saat untuk bertindak berhentikan kenderaan apabila sesuatu objek dikesan — masa reaksi manusia pula adalah 1.2 saat. Hasil kajian ini bukan sahaja boleh menyelamatkan kangaroo dari dilanggar, tetapi juga kehilangan nyawa yang mungkin terlibat dalam kemalangan dengan haiwan.

Sumber : The Verge, Volvo Cars