Supermassive Black Hole, Bunga Di Gurun Kering Dan 8 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Spesies Kura-kura Baru

Chelonoidis donfaustoi adalah nama saintifiknya. Kura-kura dari Pulau Galapagos di Ecuador ini pada mulanya disangka adalah dari satu spesies kura-kura gergasi yang sama di pulau itu. Saintis menyedari bahawa ianya adalah spesies yang berlainan selepas satu ujian genetik dijalankan ke atasnya. Kredit Washington Tapia.

Matahari Terbenam Di Marikh

Ini adalah gambar berwarna matahari terbenam di Marikh pertama yang dirakamkan oleh kenderaan perayau Curiosity milik NASA. Gambar ini ditangkap pada 15 April 2015 yang lalu. Kredit NASA/JPL-Caltech/MSSS.

Kasut Nike Back to the Future

Minggu ini, Marty McFly dan Doc Brown sepatutnya datang dari masa lampau melalui kereta DeLorean mereka berdasarkan filem Back to the the Future II. Ingat tentang kasut Nike yang boleh 'ikat talinya' secara automatik dalam filem itu? Nike melancarkan kasut itu -- dengan kebolehan seperti dalam filem itu -- pada minggu ini dan akan dijual pada tahun 2016 dalam unit terhad. Sebahagian hasil jualan akan diberikan pada Michael J Fox Foundation for Parkinson’s Research. Kredit Nike.

Data Imej Galaksi Milky Way

Planet kita, bumi terletak di dalam galaksi Milky Way. Penyelidik di Ruhr-Universität Bochum, Jerman telah berjaya mengumpulkan 46 billion pixel imej galaksi Milky way -- data astronomi terbesar yang penah dikumpul. Imej itu boleh dilihat dan dikaji di laman web mereka. Kredit Lehrstuhl für Astrophysik, RUB.

Patung Marmar Medusa di Turki

Ahli arkeologi menemui satu runtuhan bandar lama Rome di Selatan Turki. Bandar lama Rome ini dipercayai aktif pada kurun pertama masihi di bawah pemerintahan Emperor Nero. Patung marmar watak dongeng Medusa ini -- mempunyai kebolehan menukarkan orang menjadi batu dengan hanya tenungan matanya -- dijumpai di bandar lama itu. Kredit Michael Hoff, Hixson-Lied professor of art history, University of Nebraska-Lincoln.

Seni Mikrob

Setiap tahun, Persatuan Mikrobiologi Amerika menganjutkan Pertandingan Seni Agar. Ahli mikrobiologi yang kreatif akan menggunakan koloni yis atau bakteria sebagai 'dakwat' dan agar (satu jenis gelatin yang digunakan untuk menumbuhkan kultur) sebagai 'kanvas' untuk menghasilkan hasil 'lukisan' seni yang kreatif bagi pertandingan ini. Terdapat 85 penyertaan pada tahun ini dan gambar ini telah berjaya memenangi  tempat pertama. Kredit American Society for Microbiology/Mehmet Berkmen dan Maria Penil dari Massachusetts.

Taufan Patricia dalam Cahaya Infra-merah

Gambar yang diambil menggunakan cahaya infra-merah dari sebuah satelit ini adalah gambar taufan Patricia yang sedang mengganas di Lautan Pasifik. Taufan ini adalah taufan yang paling kuat pernah direkodkan di Hemisfera Barat. Suhu pada pusat 'mata' taufan ini adalah diantara negatif 93.1 darjah Celcius dan negatif 83.1 darjah celcius. Kredit UW/CIMSS/William Straka III.

Pesawat Peninjau Terbaru Tentera China

Pesawat belon Helium yang diberi nama Yuanmeng ini dikatakan mampu terbang selama 48 jam di udara untuk kerja meninjau aktiviti musuh seperti kapal pengangkut kententeraan. Pesawat ini telah diuji di ruang udara Xilinhot, pedalaman Mongolia pada 6 Oktober yang lalu berdasarkan laporan People's Daily Online -- media berita rasmi Parti Komunis China.

Tangan Robot Yang Mengikut Pergerakan Anda

Projek tangan robot pintar yang sedang berkempen di laman crowdsourcing Kickstarter ini boleh dikawal menggunakan peranti kawalan isyarat (gesture control) seperti Kinect dan Leap Motion. Tangan robot ini akan bergerak mengikut pergerakan tangan anda. Lihat video Youtube pada link ini untuk melihatnya beraksi.

Peti Ais Tanpa Elektrik

Peti ais ini bukan sahaja boleh berfungsi tanpa memerlukan apa-apa sumber elektrik, tetapi ia juga murah dan mudah alih. "Kami rasa ianya adalah baik untuk mengurangkan jumlah pembaziran sisa makanan di dunia, dan kami berjaya memikirkan idea untuk rekaan ini kerana ianya senang untuk dibina dan bahannya adalah murah," kata Michelle Zhou dari Universiti Calgary, Kanada pada CBC News. Mereka namakannya Windchill Food Preservation Unit.