Guna Isyarat Wi-Fi Untuk Kesan Pergerakan Orang Di Dalam Bangunan

wifirf_1024

Minggu lepas, kami ada bawakan berita tentang kamera yang boleh lihat di sebalik dinding menggunakan gelombang mikro. Kali ini, isyarat Wi-Fi pula yang digunakan. Dibangunkan oleh penyelidik dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), alat ini bukan sahaja boleh melihat di sebalik dinding, tapi boleh juga mengenali seseorang individu dan mengesan pergerakannya di seluruh bangunan.

Dengan menggunakan algoritma khas yang ditulis oleh penyelidik tersebut, isyarat Wi-Fi yang diterima semula oleh alat yang dinamakan RF-Capture ini dapat mentafsir variasi pergerakan di dalam ruang 3 dimensi. Seseorang individu boleh dipastikan melalui data yang ditafsirkan itu dengan memerhatikan bentuk badan dan ketinggiannya. Alat ini boleh membezakan sehingga 15 individu dengan ketepatan 90 peratus dan mengesan pergerakan dan postur setiap individu itu.

“Kami sedang berusaha untuk menjadikan teknologi ini sebagai peranti di dalam rumah yang boleh memanggil 911 (talian kecemasan) jika ia mengesan seseorang ahli keluarga (di dalam rumah itu) telah jatuh pengsan. Anda juga boleh bayangkan ia digunakan untuk mengawal lampu dan TV anda, atau untuk mengawal suhu rumah dengan memantau di mana anda berada di dalam rumah ” kata Dina Katabi, professor di MIT.

Sumber : Science Alert, PopSci, CSAIL (MIT)