Google Ingin Guna 300 Belon Udara Panas Untuk Bekalkan Internet Ke Seluruh Dunia

projek-loon
Belon udara panas Projek Loon oleh Google X.

Projek Loon adalah projek Google X yang bermula pada tahun 2013 untuk menyediakan kemudahan Internet dengan menggunakan belon udara panas yang terapung pada 20 kilometer di atas permukaan bumi. Minggu ini, Google X telah mengumumkan yang mereka ingin menerbangkan 300 belon udara panas di sekeliling bumi untuk menyediakan Internet ke seluruh dunia bermula tahun depan.

“Pada hari-hari awal (tempoh percubaan), belon itu boleh tahan selama lima hingga tujuh atau sepulih hari. Sekarang kita telah ada belon yang boleh tahan sehingga 187 hari. Kita juga telah menambah baik proses pelancaran. Ia sebelum ini memerlukan 14 orang sejam atau dua untuk melancarkan satu belon. Sekarang dengan kren automatik, kita dapat lancarkan belon setiap 15 minit dengan bantuan 2 atau 3 orang,” kata Mike Cassidy, naib presiden  Projek Loon. Kelajuan internet yang dapat disediakan sekarang oleh belon Projek Loon pula adalah sehingga 10 mbps — sama dengan kelajuan servis 4G. Ini adalah peningkatan dari kelajuan bersamaan dengan servis 3G sahaja sebelum ini.

Pengguna komersial peringkat percubaan yang terawal oleh projek 300 belon udara panas internet ini adalah Sri Lanka — yang telah menandatangani untuk servis ini pada Julai lalu — dan juga Indonesia, yang baru sahaja mengumumkan persetujuan dengan tiga pembekal rangkaian mudah alih di Indonesia pada minggu lepas.

Sumber : Science Alert