Separuh Maghribi Bakal Dikuasai Oleh Solar Menjelang 2020

noor-solar-maghribi

Bermula dengan Noor 1, stesen janakuasa 160 MW, Maghribi akan menjadi penjana kuasa elektrik solar terbesar di Afrika menjelang 2020. Projek Noor yang bernilai $9 billion itu akan memakan ruang sebesar Rabat — ibu kota Maghribi — dan menjana sebanyak 580 MW kuasa elektrik, cukup untuk kuasakan satu juta rumah.

Noor 1, projek fasa 1 yang dijangka siap bulan depan terdiri dari 500,000 cermin solar berbentuk bulan sabit dengan tinggi 12 meter setiap satunya. Sebanyak suku juta tan pelepasan rumah hijau setahun bagi tempoh 25 tahun dijangka dapat dikurangkan oleh Maghribi dari Noor 1 sahaja. Apabila Noor 2 dan 3 mula beroperasi pada 2017, kedua-dua stesen janakuasa yang boleh menyimpan sehingga 8 jam tenaga solar itu boleh membekalkan tenaga elektrik di seluruh kawasan penempatan gurun sahara tanpa henti. “Kami bukan pengeluar minyak. Kami mengimport 94 peratus tenaga kami sebagai bahan api fosil dari luar negara dan ianya memberi kesan yang besar pada bajet negara kami,” kata menteri alam sekitar Maghribi, Hakima el-Haite pada The Guardian.

Sumber : Engadget,  The Telegraph, The Guardian