Mengimbas Piramid Di Mesir Untuk Mencari Bilik Rahsia

1024px-Piramida_Cheopsa
Piramid Giza di Mesir. Kredit Janusz Recław melalui Wikimedia Commons.

Piramid-piramid di Mesir adalah antara misteri-misteri terbesar dunia. Bagaimana ia dibina? Berapa banyak ‘bilik rahsia’ yang ada di dalamnya yang tidak ditemui? Sekumpulan arkitek dan saintis dari Mesir, Jepun, Perancis dan Kanada ingin menjawab persoalan-persoalan ini dengan cara mengimbas piramid menggunakan pengimbas infra-merah dan pengimbas muon. Kedua-dua teknologi pengimbasan yang canggih ini mampu mengimbas segala rupa bentuk sesebuah piramid itu, termasuk segala ruang kosong yang ada di dalamnya. Mereka juga berharap teknik ini dapat merungkai misteri lokasi bilik persemadian Ratu Nefertiti yang dikatakan berada di sebelah bilik persemadian Raja Tutankhamun, tetapi masih tidak dapat dijumpai sehingga sekarang.

“Cubaan yang serupa telah dibuat 30 tahun yang lalu, tapi ini adalah projek pertama pada peringkat global menggunakan teknologi canggih untuk melihat ke dalam piramid,” kata penyelidik Perancis yang mengambil bahagian dalam projek ini. Projek yang diberi nama “Scan Pyramids” ini dijangka berjalan sehingga akhir tahun 2016.

Sumber : Engadget, Rappler