Gambar Ikan Paus Orca Menyusu Ibunya Diambil Dari Drone

Anda mungkin mengenali ikan paus spesies Ornicus Orca atau lebih dikenali dengan nama Killer Whale dari filem Free Willy. John Durban, seorang ahli biologi mamalia dari National Oceanic and Atmospheric Association (NOAA), Amerika Syarikat telah merakamkan aktiviti sekawan killer whale dari udara menggunakan drone di pulan San Juan, utara Seattle, Amerika Syarikat. Antara sekawan killer whale yang dirakam ini adalah dari kumpulan Southern Resident killer whale yang telah dikelaskan sebagai spesies haiwan terancam dan hanya terdapat 81 ekor yang tinggal. Berita baik tentang kumpulan killer whale ini adalah jumlah 81 ekor ini termasuk juga jumlah 5 ekor yang baru lahir — jumlah 5 ekor yang baru lahir dikira agak besar bagi populasi hanya 81 ekor.

Di bawah adalah video tersebut yang dirakam menggunakan drone oleh John Durban.

Segala penerangan bagi gambar-gambar di bawah telah diolah dari penerangan oleh NOAA sendiri.

Imej seekor paus betina dewasa dari kawasan selatan yang sedang timbul di permukaan dengan anaknya yang paling kecil, lahir awal tahun ini, disebelahnya. 

Imej kumpulan keluarga A42 dari kawasan utara. Killer whale bergerak dalam kumpulan keluarga ibunya sepanjang hidupnya. Di sini, pemimpin keluarga A42 berada di tengah bersama anak terbarunya yang berenang di bawahnya. Perhati corak tompok setiap ahli kumpulan A42 ini. Ini membolehkan saintis mengenali setiap individu paus ini dari gambar untuk menilai kesihatan setiap paus itu.

Seekor killer whale betina dewasa sedang menyusu anak kecilnya. Penyusuan memerlukan banyak tenaga bagi ibu-ibu ikan paus ini, dan gambar yang ditangkap pada masa depan tentang pembesaran anak kecil paus dan keadaan ibunya akan menunujukkan sama ada ibu paus tersebut menerima makanan yang cukup untuk menyokong dirinya dan anaknya. Lihat corak tompok yang ketara pada ibu paus itu. Ini membolehkan saintis mengenali setiap individu ikan paus dalam gambar.

Ibu baru sedang makan seekor ikan salmon sementara anak kecilnya melihat. Ikan salmon itu telah ditangkap dan diberi kepada ibu paus tersebut oleh ahli keluarganya yang lain, menunjukkan keluarganya membantu ibu paus tersebut menjaga anak kecilnya. 

Imej seluruh keluarga killer whale I16 kawasan utara yang ditangkap pada tahun 2014. Imej ini menunjukkan saiz ikan paus pada umur yang berbeza. Perhatikan anak paus yang kecil dan bewarna kelabu di tengah-tengah, hanya beberapa bulan umurnya, berenang bersebelahan ibunya. Pada sebelah kiri ibu paus tersebut adalah adik-beradik anak paus tadi yang lebih tua. 

Satu lagi imej ibu paus dari gambar sebelum ini pada tahun 2015. Membandingkan gambar ini dengan gambar yang diambil pada satu tahun sebelumnya, kita boleh lihat anak paus yang paling muda dari gambar sebelumnya tadi sudah tidak lagi berwarna kelabu dan sudah semakin besar. Ianya sekarang lebih kurang setengah saiz ibunya dan menghampiri panjang adik-beradiknya di sebelah. Gambar-gambar ini menunjukkan bagaimana saintis merekod pembesaran seseekor individu paus sepanjang masa pemantauan kesihatan dan keadaanya.

Dalam imej ini, seekor paus betina dewasa dari kawasan selatan sedang berenang dengan anak remajanya. Imej ini menunjukkan bentuk lebah badan ibu paus tersebut, yang bermakna ibu paus ini kemungkinan sedang mengandung dan akan dapat anak kecil yang baru dalam masa beberapa bulan lagi.

Sumber : Gizmodo, NOAA