Bahan Paling Hitam Dicipta Di Arab Saudi

black-cat

Cari sesuatu yang berwarna hitam di sekeliling anda sekarang. Betapa hitamkah warna hitam yang anda lihat itu? Hitam macam mana pun, pastinya tidak sehitam bahan yang dicipta oleh penyelidik di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah, Arab Saudi. Ironinya, rekaan bahan ini telah diinspirasikan oleh satu spesies kumbang yang berwarna putih kesemuanya. Bahan yang tersangat hitam itu terdiri daripada bahan karbon-tiubnano yang menyerap 98 sehingga 99 peratus cahaya dalam spektrum 400 nanometer sehingga 1,400 nanometer dari semua arah. Ini bermakna bahan ini boleh menyerap 26 peratus lebih cahaya berbanding apa-apa bahan yang diketahui sebelum ini. Oh, bahan ini juga dikatakan senang untuk dihasilkan dan diaplikasikan.

blackest_bahan
Sturktur bahan tersangat gelap yang dicipta. Kredit (c) 2015 Nature Nanotechnology (2015) doi:10.1038/nnano.2015.228.

Apa gunanya mencipta bahan yang sangat gelap ini? Penyelidik menyatakan ianya boleh digunakan untuk aplikasi seperti panel solar yang lebih efisen, projek penyahgaraman air laut, dan mungkin juga tiub fiber-optik.

Sumber : Engadget, Phys.org, Nature Nanotechnology