Spesies Kura-kura Baru, Taufan Patricia Dan 8 Gambar Menarik Yang Lain

Encaladus; Bulan Planet Zuhal

Pesawat angkasa Cassini milik NASA telah menangkap gambar ini pada 28 Oktober 2015 yang lalu semasa terbang lalunya yang terdekat dengan Encaladus -- bulan berais planet Zuhal. Kredit NASA/JPL-Caltech/Space Science Institute.

Robot Menunggang Motor

Pada Pameran Motor Tokyo minggu ini, Yamaha telah mempamerkan Motorbot -- robot yang menunggang motor. Walaupun robot ini masih belum mampu menunggang dengan baik seperti manusia, ia telah mula mencabar juara dunia Valentino Rossi untuk berlumba. Kredit Yamaha.

Taman Bunga Di Tempat Paling Kering Di Dunia

Gurun Atacama di Chile dikenali sebagai kawasan yang menerima sedikit atau tiada langsung hujan setiap tahun. Tetapi, pada musim ini, sebahagian kawasan gurun di sana telah menerima jumlah hujan yang sama banyak dengan hujan selama 14 tahun dalam satu hari akibat kesan El Nino. Kesannya? Lautan bunga seperti bunga biru putih di gambar atas. Kredit Mario Ruiz/EPA.

Spesies Dinosaur Terbaru

Gambar di atas adalah lakaran spesies dinasour terbaru yang ditemui oleh arkeologi. Diklasifikasikan ke dalam keluarga dinosaur Ptesaurus, dinosaur ini mempunyai lebih 100 gigi, di mana empat daripadanya gigi taring yang besar seperti 'vampire'. Dipercayai hidup pada 200 juta tahun yang lalu, fosil dinosaur ini kali pertama ditemui pada tahun 2014. Kredit  Josh Cotton.

Harta Karun Kapal Karam Greek

Ahli arkeologi dalam laut telah menemui 22 bangkai kapal karam di kawasan kepulauan Greek pada bulan September yang lalu. Timbunan pasu-pasu seramik ini menunjukkan bahawa kapal karam itu telah digunakan untuk mengangkut barang-barang seperti wine dan minyak. Kredit V. Mentogianis.

Lakaran Supermassive Black Hole

Lakaran lohong hitam gergasi di atas adalah berdasarkan penemuan terkini oleh ahli astronomi tentangnya. Bola cahaya berwarna keungguan di atas lohong hitam itu dipanggil korona -- mengandungi partikel bertenaga tinggi yang menjanakan cahaya X-ray. Jika anda dapat lihat korona itu dengan mata kasar anda sendiri, ia hampir-hampir tidak kelihatan kerana mata kita tidak boleh melihat cahaya X-ray. Kredit NASA/JPL-Caltech/ESA/DLR/FU Berlin/MSSS

Jet Penumpang Dengan Kelajuan Mach 10

Gambar di atas adalah lakaran konsep jet penumpang yang boleh mencapai kelajuan Mach 10, iaitu 10 kali kelajuan bunyi. Jet penumpang ini mampu membawa sebanyak 75 penumpang dari London ke New York dalam masa 30 minit sahaja. Walau bagaimanapun, disebabkan limitasi teknologi jenis enjin scramjet (menggunakan oksigen dari atmosfera sebagai salah satu campuran bahan api enjin jet) yang ada sekarang, jet ini mungkin tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Kredit Charles Bombardier.

Sensor Fleksibel Untuk Mengukur Aliran Darah

Sensor fleksibel yang boleh dilekat di pergelangan tangan anda ini berfungsi untuk mengukur pengaliran darah. Ini adalah untuk memantau penyakit yang boleh mempengaruhi pengaliran darah anda seperti diabetes dan sakit buah pinggang. Kredit University of Illinois.

Batu Granit Tengkorak

Tengkorak di atas bukanlah hasil ukiran manusia. Tetapi, batu granit berbentuk tengkorak di Taman Negara Joshua Tree di Amerika syarikat ini terbentuk secara semula jadi hasil daripada hakisan angin dan air selama berjuta tahun. Kredit Thomas J. Sebourn.

Xylofon Cetakan 3D Berbentuk Binatang

Zoolofon adalah nama yang diberi. Xylofon Cetakan 3D berbentuk binatang hasil penyelidikan bersama CSAIL (MIT), Harvard dan Columbia ini boleh menghasilkan bunyi note yang sama dengan Xylofon sebenar. Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan bentuk yang menjana bunyi pada frekuensi tertentu. Salah satu contoh aplikasi hasil kajian ini adalah menghasilkan kipas sistem penyejuk yang lebih senyap. Lihat video youtube untuk mendengar penjelasan kajian serta bunyi zoolofon ini. Kredit CSAIL (MIT).