Anda Boleh Programkan Tarian Untuk Robot Ini

premaid-AI

Robot menari? Ya betul!

DMM, satu syarikat elektronik dari Jepun telah mencipta satu robot yang boleh menari mengikut apa jenis tarian yang anda programkannya. Satu perisian akan dikeluarkan oleh DMM supaya anda boleh mereka “data tarian” untuk mengajar robot itu menari mengikut tarian yang anda ingini. Anda juga boleh menghiasi robot yang diberi nama Premaid AI ini mengikut citarasa anda melalui beberapa fesyen pakaian yang akan disediakan untuk robot ini. Bukan itu saja, anda juga boleh mengubah bentuk badan robot ini berdasarkan data 3D CAD yang akan dikeluarkan oleh DMM dan cetaknya menggunakan pencetak 3D.

Premaid AI boleh didapati dalam 3 jenis model; satu model am dan dua model edisi terhad yang direka oleh pelukis ilustrasi Ako Arisaka dan Yui Sakima. Model edisi terhad ini akan dihadkan pada 3 unit sahaja untuk setiap model.

premaid-models
Ilustrasi rekaan Premaid AI dari kiri ke kanan; Yukara, model am dan Mari. Kredit DMM.

Harganya pula? Mahal seperti yang mungkin anda jangka, iaitu 138,000 yen atau lebih kurang RM5,000.

Lihat robot Premaid AI ini menari pada video Youtube di bawah.

Sumber : Engadget, WiredDMM’s “PreMaid” (Japanese)