VIDEO : Kereta Back To The Future Ini Boleh Drift Tanpa Pemandu

standord-delorean-drift
Kredit Standford Revs Center.

Selamat hari Back to the Future!

Bagi yang kurang faham, 21 Oktober 2015 adalah tarikh dimana Marty McFly dan Doc Brown datang ke ‘masa depan’ dengan kereta model DeLorean mereka dalam filem Back to the Future II. Revs Center dari Universiti Standford di Amerika Syarikat telah membuat modifikasi ke atas kereta model DeLorean supaya ia boleh bergerak dengan dikuasakan oleh enjin elektrik tanpa pemandu dan mampu melakukan¬†aksi drift. Nama yang diberikan mereka kepada kereta itu — MARTY (Multiple Actuator Research Test bed for Yaw Control).

DeLorean adalah kereta model lama yang tidak mempunyai ciri pengendalian yang bagus — satu ciri yang agak penting untuk melakukan aksi drift. Oleh itu, modifikasi untuk menambah baik pengendalian kereta itu seperti menambah baik sistem sterengnya perlu dilakukan.

Tapi, kenapa aksi drift?

“Kami rasa kenderaan tanpa pemandu perlu mampu melakukan apa-apa gerakan dalam had fizikal kenderaan tersebut untuk mengelakkannya dari keadaan bahaya,” kata direktor Revs Center, Chris Gerdes.

Saksikan video Youtube di bawah yang menunjukkan kereta DeLorean elektrik itu dengan aksi driftnya;

Sumber : Engadget, Wired