Paten Kanta Lekap Pintar Dikuasai Solar Oleh Google

google-kanta-lekap

Paten kanta lekap pintar yang diumumkan oleh Google pada tahun 2014 telah diterima oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada awal minggu lepas. Apa yang kanta lekap ini boleh buat? Secara dasarnya, ia boleh mengumpul data biologi si pemakai dan persekitarannya dan berhubung dengan komputer. Semasa diumumkan pada tahun 2014, Google hanya menyatakan bahawa kanta lekap ini mempunyai sensor glukosa untuk mengukur kadar gula melalui air mata si pemakai dan cip wireless untuk berkomunikasi dengan komputer. Berdasarkan paten terbaru ini, kanta ini akan dikuasai oleh tenaga solar melalui sel solar yang ada pada kanta itu.

Selain mengukur kadar gula si pemakai, paten ini juga menyatakan kebolehan kanta ini untuk mengukur suhu badan dan kadar alkohol dalam darah penggunanya. Data persekitaran yang boleh dikumpul oleh kanta ini termasuk data tentang kehadiran elemen yang boleh menyebabkan alahan seperti rumput, debunga polok, bulu haiwan dan hama di persekitaran pengguna.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah paten buat masa ini, tidak semestinya kanta lekap ini akan menjadi realiti satu hari nanti. Tetapi, paten ini boleh menjadi dasar kepada teknologi untuk peranti-peranti Google yang lain — Google Glass satu contoh dalam kepala penulis.

Sumber : Tech Insider, USPTO