Ikan Paus, Mata Lebah Dan 8 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Rakaman Resolusi 4K Matahari

Anda ingin tahu bagaimana rupa matahari dari dekat? Lihat video Youtube ini oleh NASA ini. Video animasi yang dihasilkan dari kompilasi gambar yang ditangkap oleh pesawat satelit Solar Dynamic Observatory (SDO) milik NASA. SDO menangkap gambar matahari pada setiap 12 saat dalam 10 panjang gelombang cahaya lutsinar ultra-ungu. Kredit NASA.

Siput Terkecil Di Dunia

Acmella nana nama yang diberi. Siput terkecil di dunia yang hidup di celah-celah batu di kawasan hutan Borneo ini diumumkan penemuannya awal November ini di Science. Kredit M. SCHILTHUIZEN/NATURALIS BIODIVERSITY CENTER.

Roket Meletup Semasa Pelancaran

Roket Orbital Sciences milik NASA pada tahun lepas meletup beberapa saat selepas pelancaran.  Kesemua 5,000 paun kelengkapan untuk stesen angkasa antarabangsa musnah di dalam roket tanpa krew manusia ini. NASA menerbitkan gambar-gambar kemalangan ini di laman Flickr mereka. Kredit NASA.

Robot Empat Kaki Paling Jauh

Xingzhe telah memecahkan rekod untuk menjadi robot empat kaki yang bergerak paling jauh. Tapi, pada kelajuan yang sangat lambat -- 55 jam untuk jarak 83.28 batu. Kredit Guinness World Records.

Kepak dan Aurora

Gambar menakjubkan ini ditangkap dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 'Kepak' panel solar pesawat ISS dan aurora. Sungguh indah! Kredit NASA.

Serangga Lazat

Serangga ini bernama Extatosoma tiaratum. Apa yang lazatnya tentang serangga ini? Bahan melekit yang dipancutkan apabila ia terasa terancam berbau seperti  mentega kacang. Telur serangga ini pula disalut dengan bahan manis yang menarik perhatian semut. Semut akan membawa balik telur 'manis' itu balik ke sarang mereka dan apabila serangga itu menetas, ia akan mimik seekor semut dan membesar dengan selamat bersama semut-semut yang lain. Kredit Rosa Pineda.

Drone Tanpa Henti

Drone dari syarikat bernama CyPhy Works yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat ini mampu terbang tanpa henti di udara. Drone yang bernama PARC ini mampu terbang sebegitu kerana ia terikat dengan sejenis tali halus yang kuat, jadi jarak operasinya adalah terhad. Sebelum ini digunakan oleh tentera AS untuk tujuan komunikasi dan aktiviti 'spy'. Cyphy telah mengunmumkan bahawa drone ini akan mula dikomersialkan oleh orang ramai dalam masa terdekat ini. Kredit Cyphy.

Lawat New Zealand Dari Rumah Anda

Indah tak gambar di atas? Lokasi gambar ini adalah Sutherland Falls di New Zealand. Anda boleh lihat pemandangan indah seperti ini dan banyak lagi di Google Street View New Zealand. Boleh berangan sebentar seperti berada di New Zealand.