VIDEO : Baling Robot Bola Ini Dan Ianya Bangun Dan Berjalan Sendiri

Robot di dalam video Youtube di atas adalah robot bernama QRoSS yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi Chiba di Jepun. Seperti yang anda lihat, setelah dibaling, robot yang mempunyai sangkar berbentuk sfera itu boleh bangun dan berjalan dengan sendirinya menggunakan empat kakinya. Sangkar sfera robot itu bersaiz 30cm diameter dan berfungsi sebagai penyerap hentakan. Apabila berjalan, robot QRoSS ini mempunyai kelajuan 0.1 meter sesaat manakala kelajuan bergulingnya pula adalah pada 0.6 meter sesaat. Beratnya keseluruhan robot ini pula adalah 2.5 kg.

qross-robot-ball-diagram

Rekaan unik robot ini dipersembahkan oleh pasukan penyelidik di IEEE/RSJ International Conference on Intelligent Robots and Systems. Pasukan mencari dan menyelamat boleh menggunakan teknologi robot sebegini dalam membantu operasi mereka. Mereka boleh mencampak robot ini ke kawasan yang berbahaya dan memantau keadaan kawasan tersebut dahulu sebelum melakukan operasi di kawasan tersebut. Pasukan penyelidik robot ini berharap agar dapat menghasilkan robot yang bersaiz lebih kecil seperti saiz tapak tangan dan lebih murah pada masa hadapan.

Sumber : Engadget, IEEE Spectrum