NASA & ESA Ingin Hempaskan Pesawat Ke Objek Angkasa Untuk Gerakkanya

aim_watches_impact
Lakaran artis AIM memerhati DART menghempas Didymoon. Kredit ESA/Science Office

Anda ingat tentang filem Deep Impact dan Armegeddon di lewat tahun 90’an? Kedua-dua filem itu secara dasarnya mengisarkan tentang asteroid gergasi yang hampir menghancurkan bumi sebelum sempat diselamatkan dengan meletupkan bom nuklear pada asteroid tersebut untuk menghancurkan asteroid itu sama sekali atau mengubah arah pergerakannya mengelak bumi. NASA dan ESA (Agensi Angkasa Eropah) telah mengumumkan bahawa mereka ingin menghempaskan satu pesawat angkasa ke sebuah bulan yang mengorbit sebuah asteroid dan perhatikan sama ada bulan itu terpesong dari orbitnya atau tidak. Misi yang digelar sebagai Impak Asteroid & Penilaian Pemesongan (AIDA) ini melibatkan dua pesawat angkasa berbeza.

Pesawat pertama yang akan dilancarkan pada tahun 2020 adalah Misi Impak Asteroid (AIM) milik ESA. Tugas AIM adalah untuk memetakan permukaan satu asteroid yang bernama Didymos serta bulannya yang bernama Didymoon. Perjalanan untuk sampai ke Didymos mengambil masa 2 tahun. Pada tahun 2022, pesawat Ujian Pelencongan Asteroid Berganda (DART) milik NASA akan dihempaskan ke permukaan Didymoon manakala pesawat AIM melalui satelitnya sendiri akan merakamkan aktiviti itu untuk melihat sama ada DART dapat mengubah orbit Didymoon yang mengelilingi Didymos atau tidak.

1-aidadoublemi
Lakaran artis AIM mengimbas Didymoon. Kredit ESA/Science Office.

“Untuk melindungi bumi dari potensi impak berbahaya, kita perlu memahami asteroid dengan lebih baik — dari apa yang ia diperbuat, strukturnya, asal-usulnya dan bagaimana ia bertindak balas terhadap rempuhan. AIDA akan menjadi misi pertama untuk mengkaji sistem binari asteroid, dan juga yang pertama untuk menguji sama ada kita boleh memesongkan (pergerakan) asteroid melalui rempuhan dari sebuah pesawat angkasa,” kata Patrick Micheal, ketua pasukan penyiasat AIM dalam satu kenyataan akhbar.

Sumber : PopSci, Phys.org