Asap di Indonesia, Penyu Bercahaya dan Gambar Menarik Yang Lain

MRI Ibu dan Anak

Mesin MRI selalunya digunakan untuk mencari ketumbuhan atau arteri yang tersumbat di dalam badan. Penyelidik dari MIT yang menangkap gambar ini pula selalunya gunakan MRI untuk mengkaji aktiviti peredaran darah di dalam otak kanak-kanak berdasarkan aktiviti yang dilakukannya. Gambar ini pula ditangkap sebagai 'seni'. Kredit Rebecca Saxe and Atsushi Takahashi / MIT.

Spesies Rama-rama Baru Dinamakan

Perkenalkan Euptychia attenboroughi. Satu spesies rama-rama yang baru dijumpai di Amazon ini dinamakan semperna Sir David Attenborough, Presiden Konservatori Rama-rama United Kingdom, salah satu organisasi konservatori serangga paling besar di dunia. Para penyelidik pada mulanya sangkakan rama-rama ini adalah dari genus rama-rama yang terbaru, tetapi DNA rama-rama ini membuktikannya ia tergolong di dalam genus rama Euptychia. Kredit Andrew Neild, Trustees of the Natural History Museum, London.

Lohong Hitam Makan Dan 'Meludah' Keluar Matahari

Buat pertama kalinya, ahli astronomi dapat melihat fenomena lohong hitam mencarik bintang ke dalamnya dan 'meludah' keluar sisa bintang yang dicarik itu dalam bentuk cahaya. Ini mengesahkan apa yang penyelidik percaya akan berlaku selepas sesebutir bintang itu dicarik ke dalam lohong hitam. Kredit Johns Hopkins University/Amadeo Bachar.

Semut Yang Boleh Lompat Menggunakan Kaki Atau Rahangnya

Semut jenis rahang-perangkap yang boleh dijumpai di kepulauan Borneo sebelum ini diketahui oleh saintis boleh melompat menggunakan rahangnya sahaja. Tetapi baru-baru ini, saintis Magdalena Sorger Dari Universiti North Carolina State mendapati bahawa semut ini boleh juga melompat menggunakan kakinya apabila hendak melarikan dirinya dari ancaman. Kredit D. Magdalena Sorger.

Drone Dua Alam

Naviator namanya. Drone quadrokopter kalis air yang dibangunkan oleh penyelidik dan pelajar dari Universiti Rutgers di Amerika Syarikat ini boleh terbang di udara dan berenang di dalam air. Projek ini ditaja oleh Pejabat Penyelidikan Tentera Laut untuk membantu operasi seperti memeriksa asas (fountdation) jambatan, menyiasat pencemaran laut, atau melaksanakan operasi mencari dan menyelamat. Kredit Universiti Rutgers.

Kawasan Pergunungan Al-Idrisi Di Pluto

Ini adalah antara gambar yang paling beresolusi tinggi permukaan Pluto yang ditangkap oleh pesawat New Horizon milik NASA. Kawasan ini menunjukkan kerak-kerak ais bersebelahan dengan kawasan pergunungan yang diberi nama Al-Idrisi. NASA ada juga memuat naik gambar tersebut dalam bentuk video di Youtube. Kredit NASA/JHUAPL/SwRI.

Kereta Konsep McLaren Boleh Dikawal Oleh Minda

McLaren baru sahaja mempersembahkan kereta konsepnya untuk sukan permotoran Formula 1. Kereta konsep yang sangat futuristik ini boleh dicaj melalui trek perlumbaan dan mempunyai panel solar untuk kuasa tambahan. Idea yang paling gila? Anda boleh mengawal sistem di dalam kereta ini menggunakan minda anda sahaja. Kredit McLaren.

Cermin Pertama Teleskop Angkasa James Webb Dipasang

Teleskop angkasa James Webb akan menggantikan teleskop angkasa Hubble pada tahun 2018 nanti. Minggu ini, NASA telah memuat naik video pemasangan cermin pertama bagi struktur teleskop angkasa itu. Sebanyak 18 keping cermin akan dipasang pada struktur teleskop angkasa itu dan dijangka mengambil masa 3 bulan. Kredit NASA.