Mampukah Bakteria Bumi Hidup Di Marikh?

e-mist_0

NASA ingin membawa angkasawan ke planet Marikh satu hari nanti. Tapi, mereka tidak mahu membawa sekali mikroorganisma seperti bakteria dari bumi tanpa sengaja ke Marikh kerana takut mikroorganisma yang dibawa sekali itu boleh mengganggu ekosistem di planet tersebut. Pada 26 September lepas, pihak NASA menghantar satu belon helium yang mengandungi koleksi beberapa jenis baketeria ke 120,000 kaki di udara untuk melihat sama ada bakteria-bakteria tersebut boleh hidup atau tidak di persekitaran seperti planet Marikh.

Di bahagian atas stratosfera bumi, persekitarannya adalah agak ekstrem — suhunya di bawah paras beku, tahap kekeringan yang tinggi, hampir vakum dan terdedah kepada radiasi ultraungu matahari. Hidupan selalunya dianggap sangat susah untuk hidup di persekitaran yang seperti persekitaran di planet Marikh itu. Ini membuatkan ianya adalah kawasan yang sesuai untuk eksperimen ini.

NASA-belon-helium
Belon Helium NASA. Kredit NASA / David J. Smith

Di dalam belon helium itu, koleksi bakeria disimpan di dalam sejenis bekas yang boleh melindunginya dari elemen semasa perjalanan ke stratosfera bumi. Apabila sampai ke altitud yang dituju, bekas itu akan terbuka dengan sendirinya mendedahkan bakteria tadi ke persekitaran di sana. Bekas itu akan terbuka sendiri pada masa yang ditetapkan iaitu pada jam 6, 12, 18 dan 24. Belon akhirnya akan meletup dan mendarat ke bumi setelah selesai eksperimen.

Bukan sahaja untuk misi ke Marikh, tetapi hasil keputusan eksperimen ini boleh juga membantu NASA dan agensi angkasa yang lain dalam perancangan dalam apa jua lokasi misi yang akan datang.

Sumber : Gizmodo, NASA