Sisa Supernova, Gelombang Supersonik dan 8 Gambar Menarik Yang Lain Minggu Ini

Seni Laut

Gambar yang seperti lukisan abstrak di atas adalah sebenarnya gambar phytoplankton di lautan Atlantik Utara yang diambil dari satelit milik NASA. Gambar ini dihasilkan dari gabungan data jalur merah, hijau dan biru dari kamera infra-merah satelit itu. Data tentang kadar klorofil yang ada di kawasan lautan itu juga digunakan untuk menghasilkan 'lukisan seni' di atas itu. Klorofil adalah pigmen hijau yang didapati di dalam alga dan tumbuhan. Phytoplankton memerlukan klorofil yang menyerap cahaya dan cahaya matahari untuk hidup dan membesar. Kredit NASA.

Bumi Terbit Dari Bulan

Gambar 'Bumi terbit' di sebalik bulan ini ditangkap menggunakan dua jenis kamera dari pesawat pengorbit LRO milik NASA yang mengorbit bulan. Kamera sudut kecil (NAC) menangkap gambar dalam warna hitam putih dan memberi butiran gambar yang tinggi manakala Kamera sudut lebar (WAC) memberi warna pada gambar ini. Gabungan kedua gambar itu adalah hasil gambar yang menakjubkan di atas. Kredit NASA/Goddard/Arizona State University.

Dinasour Penguin

Berdasarkan satu kajian terbaru yang menggunakan simulasi komputer, saintis mendapati bahawa dinasour Plesiosaurs yang boleh membesar sehingga panjang 46 kaki berenang dengan menggerakkan ke empat-empat 'kepak'nya di dalam air; sama seperti cara penguin berenang. Cara itu didapati adalah cara yang paling efisen untuk haiwan bersaiz itu berenang di dalam air. Kredit Liu et al. 10.1371/journal.pcbi.1004605.

'Lightsaber' Kosmik

Gambar yang bagaikan lightsaber membelah awan ini sebenarnya adalah hasil imej infra-merah yang ditangkap oleh teleskop angkasa Hubble. Fenomena ini terjadi akibat sejenis bahan yang jatuh ke dalam bintang yang baru lahir lalu memancarkan dua cahaya ke arah luar bintang baru itu pada kelajuan supersonik. Kredit  ESA/Hubble & NASA, D. Padgett (GSFC), T. Megeath (University of Toledo), and B. Reipurth (University of Hawaii).

Fossil Paus Berusia 4 Juta Tahun

Fossil ikan paus berusia 4 juta tahun telah dijumpai di kawasan bukit Santa Cruz County, Amerika Syarikat pada bulan September 2015 yang lalu. Ahli arkeologi percaya bahawa pergerakan tektonik plat bumi selama berjuta tahun menyebabkan fossil hidupan laut ini berada di kawasan bukit.

Pelancaran dan Pendaratan Roket SpaceX

Awal minggu ini (21 September 2015), syarikat areoangkasa milik Elon Musk, SpaceX, berjaya mendaratkan semula roket Falcon 9 mereka. Gambar ini adalah gambar gabungan yang menunjukkan pelancaran (garisan cahaya terang di kiri sekali) roket itu ke angkasa, kemasukan semula ke atmosfera bumi (garisan cahaya di tengah, atas) dan pendaratan semula (garisan cahaya terang di kanan sekali). Ini adalah salah satu usaha untuk menghasilkan roket yang boleh diguna semula, sekaligus boleh mengurangkan kos eksplorasi angkasa jika berjaya. Video dari pelancaran sehingga pendaratan juga ada dimuat naik ke Youtube. Kredit SpaceX.

Zuhal dan Bulannya; Dione

Gambar yang ditangkap oleh pesawat Cassini yang mengorbit planet Zuhal ini menunjukkan perbezaan ketara saiz di antara Zuhal dan bulannya Dione. Saiz Dione adalah kurang dari setengah saiz bulan kita manakala Zuhal pula mempunyai radius sembilan kali radius Bumi. Kredit NASA.

Fossil Remaja Yang 'Dilindungi' Dari Hantu

Ahli arkeologi yang menggali di kawasan kubur Drawsko di Poland menjumpai fosil berusia 400 tahun dari 5 orang yang dihiaskan dengan barangan seperti sabit dan syiling yang dipercayai untuk 'melindungi' mereka dari gangguan hantu atau syaitan. Gambar di atas adalah fossil remaja perempuan yang dihiaskan dengan sabit di sekeliling lehernya serta cekak dan syiling yang diperbuat dari tembaga. Kredit Polcyn et al. Antiquity 2015, DOI: 10.15184/aqy.2015.129.