VIDEO : Jom Melawat Pluto Dari Udara

Menggunakan beberapa imej resolusi tinggi (400 meter per pixel) Pluto dari penerbangan lintas (flyby) pesawat New Horizon milik NASA, Stuart Robbins, seorang penyelidik dari Institut Penyelidikan Southwest di Boulder, Amerika Syarikat telah menghasilkan video animasi Pluto yang sangat menakjubkan seperti di atas.

Video in bermula dengan gambar pada ketinggian 200 kilometer dari dasar di kawasan yang mereka namakan Norgay Montes. Pergunungan yang kita dapat lihat di situ mempunyai ketinggian sehingga 3 kilometer dari dasar sekelilingnya. Kita kemudian menuju ke utara melepasi Sputnik Panum (kawasan cerah di sebelah kiri) dan Cthulhu Regio (kawasan gelap di sebelah kanan). Cthulhu Regio juga dapat dibezakan dengan kehadiran banyak kawah-kawah yang besar, kesan dari meteor-meteor yang terhempas di situ.

Lawatan kita seterusnya semakin meningkat kepada ketinggian lebih kurang 240 kilometer dan membelok untuk menghadap ke timur. Dengan kutub utara Pluto berada di sebelah kanan kita sekarang, kawasan yang kita dapat lihat di tengah adalah Tombaugh Regio. Kawasan yang ada banyak kawah di sebelah kiri pula dinamakan sebagai Sputnik Planum.

Kita akhiri lawatan ini dengan ketinggian pada 2,500 kilometer dari dasar Pluto.

Sumber : NASA