5 Fakta Menarik Tentang Pembenihan Awan

tudm-sembur-benih

Pembenihan awan adalah salah satu teknik yang biasa digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kesan jerebu apabila negara dilanda dengan masalah jerebu yang teruk selama beberapa hari. Seperti dalam laporan media, MOSTI telah mengumumkan bahawa operasi pembenihan awan telah pun dibuat sejak Selasa (15 september 2015) yang lepas.

Berikut adalah 5 fakta menarik yang dipilih penulis tentang pembenihan awan.

  1. Ada dua jenis teknik utama pembenihan awan;
    • Pembenihan sejuk yang melibatkan penyemburan Perak Iodida (Silver Iodide) yang merupakan nukleus ais dan membentuk wap air sejuklampau (supercooled) di dalam awan menjadi ais. Ais yang terbentuk itu akan turun ke bumi sebagai salji, hujan batu atau hujan sejuk jika ais tersebut cair dalam perjalanan ke permukaan bumi.
    • Pembenihan panas yang dilakukan pada suhu awan yang melebihi suhu beku dan menggunakan bahan higroskopik (seperti garam biasa) yang mempunyai keupayaan menarik dan menyerap air di dalam atmosfera untuk menggalakan pembentukan titisan air yang lebih besar dan akan seterusnya diturunkan sebagai hujan. Teknik ini lebih sesuai digunakan pada kawasan yang mempunyai cuaca seperti Malaysia.
  1. Cara pembenihan awan yang digunakan di Malaysia mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia;
    • Semburan larutan garam biasa (NaCl) oleh pesawat udara seperti pesawat C-130 milik TUDM ke dalam awan.warm-seeding
    • Campuran natrium klorida (NaCl), Kalsium klorida (KCl) dan Magnesium Oksida (MgO) yang dibakar dalam bentuk suar (flare) oleh pesawat kecil yang terbang di bawah dasar awan.cloudseeding_flare
  1. Keadaan Awan yang sesuai untuk dibenihkan
    • Awan Towering Cumulus adalah jenis awan yang selalunya dipilih untuk dibenih kerana keadaan atmosferanya yang tidak stabil dan terdapat daya tujahan angin yang menegak ke atas.
    • Awan yang berada di kawasan udara yang lembab kerana mempunyai kandungan wap air yang tinggi seperti di atas empangan atau kawasan tadahan air.
  1. Proses pembenihan dilakukan pada ketinggian 1,500m hingga ke 4,300m dengan menyembur bahan higroskopik yang bertindak sebagai Nukleus Kondensasi Awan pada awan yang sesuai. Proses penyemburan tersebut akan dapat mempercepatkan pembentukan titisan-titisan air daripada wap air sehingga mencapai saiz yang cukup besar dan berat dan seterusnya dapat menghasilkan air hujan yang akan turun dari awan tersebut.Proses_pembenihan_hujan_teklog
  1. Peratusan kejayaan mendapat hujan dari usaha pembenihan awan ini adalah dianggarkan pada sekitar 80% di dalam atmosfera yang sesuai mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sumber : MET Malaysia, EOEarth, Weather Modification Assosciation