Bisa Tebuan Brazil Boleh Membunuh Sel Kanser Tanpa Mengancam Sel Normal

brazilianwas
Tebuan Brazil Polybia paulista. (kredit Prof. Mario Palma/Sao Paulo State University)

Sejenis tebuan dari Brazil yang nama saintifiknya Polybia Paulista didapati mempunyai bisa yang mengandungi toksin yang boleh membunuh sel kanser. Berdasarkan kajian yang diterbitkan di Biophysical Journal baru-baru ini, toksin yang dipanggil MP1 (Polybia-MP1) di dalam bisa tebuan tersebut mempunyai kebolehan untuk hanya membunuh sel kanser tanpa mengancam sel-sel lain yang normal.

MP1 menyerang sel kanser melalui tindak balas dengan lipid (kumpulan sebatian organik) di permukaan sel kanser. Tindak balas tersebut menghasilkan lubang dimana molekul penting untuk sel berfungsi seperti protein akan terkeluar dari sel kanser tersebut – menyebabkan sel kanser itu mati.

“Terapi kanser yang menyerang komposisi lipid sesuatu membran (selaput) sel boleh menjadi satu kelas baru bagi ubat anti-kanser. Ini boleh menjadi berguna dalam membangunkan kombinasi terapi terbaru, dimana beberapa ubat digunakan serentak untuk merawat kanser dengan menyerang pelbagai bahagian sel kanser pada masa yang sama,” kata Paul Beales, penulis bersama kajian dari Universiti Leeds, UK. MP1 juga ada menunjukkan potensi untuk melindungi manusia dari beberapa jenis kanser. Ia boleh menghalang pembesaran sel kanser prostat dan pundi kencing..

Langkah seterusnya bagi penyelidikan ini adalah untuk mengubah susunan asid amino MP1 untuk mengkaji bagaimana ia mampu mempunyai ciri-ciri memilih (hanya sel kanser untuk diserang) dan cuba untuk memperbaikinya.

“Oleh kerana kajian terhadap ia (MP1) telah menunjukkan kebolehan untuk bertindak ke atas sel kanser dan tidak toksik kepada sel normal di dalam makmal, peptida MP1 ini berpotensi untuk menjadi rawatan yang selamat, tetapi kajian selanjutnya masih lagi diperlukan untuk membuktikannya.” kata Paul Beales.

Sumber : Phys.orgBiophysical Journal