Kereta Golf Pandu-Sendiri Dengan Sensor Yang Minimal

selfdriving-golf-cart

Kereta pandu-sendiri selalunya memerlukan jumlah sensor yang banyak, kompleks dan mahal untuk membantu komputer memandu kereta. Satu eksperimen menggunakan kereta golf (golf cart) pandu-sendiri dengan hanya beberapa sensor telah dilakukan baru-baru ini di taman awam di Singapura selama 6 hari oleh ahli-ahli dari Singapore-MIT Alliance for Research and Technology (SMART). SMART adalah koloborasi diantara Michigan Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat dan beberapa universiti di Singapura.

Apa yang membezakan program kenderaan pandu-sendiri SMART dengan yang lain adalah jumlah sensor yang terdapat di kereta golf mereka. “Kenderaan-kenderaan ini dilengkapi dengan peralatan (instruments), tetapi tidaklah sebanyak peralatan digunakan oleh kenderaan DARPA (dari pertandingan kereta pandu-sendiri DARPA (Agensi penyelidikan ketenteraan Amerika Syarikat)), mahupun sebanyak seperti kereta Google. Kami percaya jika anda ada satu set ringkas sensor yang diletakkan secara strategik dan dilengkapi dengan algoritma yang dipercayai, anda akan dapat hasil mantap yang memerlukan komputasi yang kurang dan kemungkinan yang rendah untuk dikelirukan oleh pelbagai sensor, atau situasi di mana satu sensor mengatakan satu perkara dan sensor yang berlainan mengatakan perkara yang berlainan,” kata Danial Rus, seorang professor dari MIT.

Sensor-sensor kereta golf tersebut terdiri sepenuhnya daripada laser pengesan jarak yang boleh didapati di kedai. Tidak seperti kereta pandu-sendiri yang lain, sensor-sensor yang dipasang pada ketinggian berbeza ini mengukur jarak hanya pada satu satah (plane) – dan satu kamera.

Di dalam eksperimen ini kereta golf tersebut berkongsi jalan di taman itu dengan semua orang awam di taman tersebut, di mana kereta golf tersebut perlu mengelak, perlahan atau berhenti dengan sepatutnya untuk tidak melanggar sesiapa atau apa-apa halangan di perjalanannya. Mengikut kata Rus, sistem pelanggaran-halangan mereka hanya menemui satu kesukaran, iaitu apabila seekor biawak besar yang bergerak dengan perlahan melintas di hadapan kereta golf tersebut. “Ianya seperti satu permainan acah-acah atas siapa akan buat apa dahulu,” kata Rus.

Dengan kelajuan maksima yang hanya 15 mph, kereta golf pandu-sendiri ini jelas mempunyai kelebihan ke atas kereta pandu-sendiri yang lain – ia memberi masa yang lebih lama untuk algoritma kereta tersebut memproses data sensor dan mengira trajektori. Walaubagaimanapun, ini tetap adalah salah satu langkah ke arah visi kereta pandu-sendiri. Kenderaan pandu-sendiri yang perlahan juga ada kegunaan praktikalnya sendiri kata Rus. Ia mungkin boleh digunakan oleh warga emas untuk bergerak di kawasan berdekatan yang tidak jauh tapi terlalu jauh untuk berjalan seperti berjumpa doktor atau kawan-kawan, tambah Rus lagi.

Sumber : Phys.org