Kuasa Angin Sepenuhnya Untuk Kereta Api Elektrik Belanda Dalam Tiga Tahun

Turbiny_wiatrowe_ubt

Berdasarkan satu perjanjian pada tahun 2014, kereta api elektrik di Belanda akan dijanakan kuasa elektriknya oleh kuasa angin bermula dengan 50 peratus jumlah kesuluruhan pada tahun 2015 hingga ke sepenuhnya pada tahun 2018. Railway Technology melaporkan perjanjian ini akan melihat kereta api yang kuasa elektriknya dijanakan sepenuhnya oleh kuasa angin pada tahun 2018 dimana ladang-ladang kincir angin yang terbabit bukan sahaja dari negara Belanda  tetapi juga dari negara Belgium, dan negara-negara Skandinavia bersebelahan.

Dianggarkan sebanyak 1.2 juta penumpang kereta api setiap hari di Belanda dengan 550 kilotan karbon dioksida dibebaskan sebelum mula bertukar pada kuasa angin awal tahun ini. Dengan penggunaan kuasa kincir angin sepenuhnya nanti, pembebasan karbon dioksida dapat dielakkan sekaligus. Ini adalah sebaris dengan usaha kerajaan Belanda mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke paras 25 peratus lebih rendah dari tahun 1990 pada tahun 2020 setelah disaman oleh rakyatnya untuk berbuat demikian pada Jun 2016.

Sumber : Railway Technology, PopSci