Pesawat Sengaja Di Hempaskan oleh NASA

nasaimpact

Bukankah seronok jika kita dapat menghempaskan barang seperti sebuah pesawat sebagai aktiviti kerja kita? Hari ini, NASA membiarkan sebuat pesawat kecil model Cessna terhempas demi Sains! Dalam usaha untuk mengetahui bagaimana sistem transmisi kecemasan bertahan dengan impak yang ganas, NASA telah sengaja menghempaskan 3 pesawat kecil sejak awal Julai tahun ini.

Simulasi pesawat terhempas pertama pada awal Julai adalah pada paras rendah dengan impak bermula pada muncung menghempas konkrit – dimana pesawat bergeser pada permukaan. Pada simulasi kedua pula, dijatuhkan dari paras yang lebih tinggi, muncung dahulu tetapi landasan terhempasnya pula adalah tanah – pesawat remuk teruk yang boleh membunuh atau paling kurang cedera parah pada penumpangnya. Untuk yang ketiga ini, pesawat dihempas dengan ekornya dahulu ke atas tanah yang menyebabkan pesawat terbalik tetapi tidak memberi kesan yang sangat serius pada penumpang.

Transmisi lokasi kecemasan yang dipasang pada pesawat memberi maklumat tentang di mana sesebuah pesawat terhempas kepada satelit, membantu usaha menyelamat. Ujian hempasan ini direka untuk mengetahui sama ada alat transmisi itu berfungsi dengan baik atau tidak di situasi ekstrem demi memastikan apabila sesebuah pesawat itu terhempas, peluang untuk menyelamatkan penumpang adalah cerah.

Hempasan pesawat terbaru;

Hempasan pesawat kedua;

Hempasan pesawat pertama;

Sumber : PopSci