Vaksin Selsema Universal untuk Semua Jenis Virus Influenza

Vaksin H1N1

Virus yang menyebabkan selsema bukanlah berpunca dari satu jenis virus sahaja, tapi dari bermacam jenis virus. Vaksin selsema terbaru selalunya terpaksa di formulasikan setiap tahun untuk melawan variasi jenis virus yang terbaru dan yang paling menonjol. Berdasarkan dua kajian berlainan diterbitkan di Nature Medicine dan Science, saintis semakin hampir menghasilkan satu vaksin yang dapat melindungi dari pelbagai jenis virus selsema.

Vaksin baru tersebut dapat menghasilkan sistem imunisasi yang kuat terhadap virus H5N1 “selsema burung” (virus yang membunuh 50% manusia yang dijakitinya) dan virus H1N1 di dalam tikus, monyet dan feret menurut laporan The Associated Press. Jika teknik ini dapat diaplikasikan pada vaksin untuk manusia, vaksin ini dapat melindungi dari pelbagai jenis virus selsema sekaligus – termasuk variasi yang belum ada lagi.

Idea mengenai vaksin sebegini telah lama di bincangkan oleh para saintis, tetapi tiada usaha yang dapat membuahkan hasil sehingga sekarang. Formula baru vaksin ini menyasarkan elemen stabil yang didapati tidak berubah pada setiap variasi jenis virus inflenza yang dikaji. “Pendekatan yang dihasilkan ini ada potensi sebagai ‘vaksin influenza universal.” kata Walte Orenstein, penyelidik vaksin di Emory University. Walaubagaimanapun, dia menekankan bahawa kajian yang berjaya ini adalah ke atas haiwan, bermakna banyak lagi perlu dilakukan sebelum kajian vaksin ke atas manusia dapat dilakukan.

Kredit Gambar : Wikimedia

Sumber :  The VergeScienceNature Medicine