Sel Kanser Mungkin Dapat Diprogram Jadi Normal Semula

cancer-cells

Beza antara sel kanser dan tisu badan normal yang sihat adalah hanya pada kadar penumbuhan yang tidak normal oleh sel kanser. Disebabkan ini, rawatan seperti kimo tidak dapat secara efektif hanya membunuh sel kanser. Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik telah berjaya memprogramkan sel-sel kanser dari payudara dan pundi kencing untuk tumbuh secara normal semula di dalam kajian makmal meraka.

Kebanyakan sel di dalam badan sepatutnya akan diganti dengan sel-sel baru melalu proses pembahagian sesama sendiri. Sampai satu tahap, sel itu sepatutnya berhenti dari membahagi. Proses ini di kawal oleh microRNA, yang memberi protein yang dipanggil PLEKHA7 kepada sel-sel yang sepatutnya untuk berhenti membahagi. Apabila sel-sel yang sepatutnya berhenti membahagi tidak berhenti membahagi, sel itu dipanggil sebagai sel kanser dan akan menyebabkan ketumbuhan (tumor).

Mengikut jurnal yang diterbitkan dalam Nature Cell Biology, penyelidik dari MAYO klinik mendapati apabili mircroRNA disuntik ke dalam sel kanser, kadar PLEKHA7 sel dapat dikembali normal dan sel berhenti membahagi. Chris Bakal, seorang pakar di Institut Penyelidikan Kanser, London memaklumkan The Telegraph, “Ini adalah penemuan yang tidak dijangka. Sel-sel normal bersentuh sesama sendiri dan membentuk sambungan dan memberhentikan pembahagian. Jika ada cara untuk memulakan proses itu kembali, ianya boleh jadi satu cara untuk menghalang tumor dari membesar.” 

Cara ini juga dibuktikan berjaya apabila dicuba dengan sel kanser yang lebih agressif berdasarkan kajian awal makmal. Walaubagaimanapun, penyelidik merasakan cara ini tidak dapat menghalang pembesaran tumor dengan sendirinya. “Jalan masih panjang sebelum kita dapat tahu sama ada kajian ini yang dijalankan di dalam makmal dapat merawat pesakit kanser. Tapi ianya adalah langkah yang sangat besar dalam memahami bagaimana sel-sel tertentu di dalam badan tahu bila untuk membesar. Memahami konsep-konsep utama ini penting dalam membantu meneruskan kemajuan yang meyakinkan  menentang kanser dari apa yang kita lihat kebelakangan tahun ini.” kata Henry Scowcroft, pengurus maklumat sains kanan Cancer Research UK pada The Telegraph.

Namun, dengan cara-cara berpotensi lain yang sedang dikaji untuk normalkan kembali sel kanser, satu langkah adalah langkah yang lebih cerah ke arah penawar kanser!

Sumber :  Telegraph