NASA Guna Semula Barang dari Kapal Angkasa Lama untuk ISS

space-shuttle-endeavor
Kapal Space Shuttle (kredit NASA)

Kapal-kapal Angkasa dari Program Space Shuttle oleh NASA yang diterbangkan kali terakhir pada tahun 2011 kini berada di muzium-muzium di sekitar Amerika Syarikat. Minggu lepas, 4 tangki air dari Space Shuttle Endavour yang kini berada di Pusat Sains California, Los Angeles dikeluarkan oleh jurutera NASA untuk kegunaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Tangki-tangki air yang mempunyai kapasiti gabungan 300 liter tersebut sebelum ini digunakan untuk simpanan air krew Space Shuttle dan juga untuk mengisi semula air di ISS. Pada bulan Mei lepas, tangki dari kapal Atlantis yang berada di Pusat Angkasa Kennedy, Florida juga dikeluarkan oleh NASA.

shuttle-tank
Tangki Air Space Shuttle (kredit US National Archives)

Kapal-kapal angkasa tersebut telah direka untuk terbang lebih banyak dari jumlah yang diterbangkan sebelum ini, jadi tangki-tangki itu masih lagi dalam keadaan baik. NASA berharap dapat menggunakan tangki-tangki itu untuk fasiliti simpanan air baru di ISS. “Menggunakan tangki-tangki kapal angkasa lama itu dapat mengurangkan kos keseluruhan untuk membina sistem yang baru.” kata jurucakap NASA Daniel Huot.¬†Walaubagaimanapun, pihak NASA mengatakan mereka masih lagi tidak menetapkan masa bila projek sistem simpanan air itu akan disiapkan.

Bukan hanya tangki air dari kapal angkasa lama yang diguna semula oleh NASA, malah 3 enjin utama dari kapal Endavour juga dikeluarkan oleh NASA beberapa tahun lepas sebelum dihantar ke muzium. Enjin-enjin tersebut sekarang diuji untuk kegunaan Sistem Pelancaran Angkasa (Space Launch System); sistem roket yang dikatakan paling berkuasa oleh NASA buat masa ini.

Sumber : Engadget